in

“Zayn Rayyan Budak Yang Baik, Tak Pernah Kacau Orang” – Pengasuh

Pengasuh Zayn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu Malaysia kini sedang berduka cita dengan berita kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.


Arwah sebelum ini didapati hilang sebelum mayatnya dijumpai di sungai berdekatan kawasan rumahnya, pihak polis kini mengesahkan bahawa kanak-kanak berusia 6 tahun itu mati dibunuh.

Pengasuh kanak-kanak tersebut, Auni Afiqah Abas berkongsi kenangannya menjaga Zayn Rayyan dan menyifatkan kanak-kanak itu sangat baik dan mendengar kata.

Artikel berkaitan: “Allah gerakkan hati” –  Penduduk Kongsi Penemuan Jasad Zayn Rayyan Selepas 3 Kali Cari Di Lokasi Sama

Artikel berkaitan: “Sekelip mata dah tak ada” – Ini 5 Kes Kanak-Kanak Yang Hilang Tanpa Kesan Di Malaysia

“Masih terasa tersusuk sedalam-dalamnya kehilangan dia, sebab saya cakap terus terang, dia tak pernah kacau orang lain.

Dengan anak-anak saya pun dia tak pernah sentuh,” katanya.

Auni turut berkongsi Zayn Rayyan hanya akan mencuit kanak-kanak lain untuk mengajak bermain dan itu sahaja.

Berkongsi pengalamannya, Auni berkata Zayn Rayyan sangat mendengar kata dan mengingati segala pesanan yang diberikan oleh ibunya.

“Dalam pukul 3 macam tu, dia akan celik sendiri. Saya pesan macam tu. Dah masuk pukul 4 saya akan mandikan dia, bagi dia makan kalau dia lapar,” katanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya kini membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau turut memberitahu, setakat ini belum ada mana-mana individu dipanggil bagi membantu siasatan.

Sumber: Astro AWANI

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.