in

Zamani Slam Nafi Kesihatan Semakin Merosot, Masih Mampu Berdiri Dan Menyanyi 2 Jam Tanpa Henti

zamani slam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut nama Zamani Slam, mesti ramai yang terus teringat suara lunak beliau, terutamanya ketika melantunkan lagu-lagu ikonik seperti Gerimis Mengundang, Kembali Terjalin dan Tak Mungkin Berpaling.

Walau bagaimanapun, susulan tersebarnya sebuah video tular baru-baru ini, penyanyi lagenda tersebut tampil memberikan penjelasan selepas para peminat risau sekiranya beliau kembali mengalami masalah tulang belakang.


Zamani, yang kini berusia 53 tahun, berkata kesihatannya masih baik dan terkawal, walaupun beliau kadangkala mengalami sedikit ketidakselesaan pada bahagian belakang badan akibat terlalu aktif bekerja kebelakangan ini.

“Saya okay je. Doktor pun cakap, masalah tulang belakang membengkok tu susah nak berulang dalam masa terdekat.

“Bongkok sikit yang nampak dalam video tu pun sebab nak kurangkan rasa sakit, bukan sebab penyakit lama datang balik,” katanya, lapor Sinar Harian.

Artikel berkaitan: Lelaki Menangis Bila Zamani Dapat ‘Hot Seat’ GV, Netizen Pun Sama Terharu!

Artikel berkaitan: Zamani Selamat Jalani Pembedahan, Posisi Badan Dilihat Kembali Normal

3101249
Tangkap layar yang memaparkan Zamani menyanyi sambil membongkok yang tular di laman sosial. – Kredit gambar: Sinar Harian

Tambah pelantun Kembali Terjalin itu, rawatan dan pembedahan yang dilaluinya sebelum ini berjaya membetulkan keadaan tulang belakang, namun masalah membongkok yang dialaminya memang sukar untuk dipulihkan sepenuhnya.

“Saya tetap bersyukur dengan keadaan sekarang. Cuma peminat janganlah harap saya boleh berdiri lurus 100% macam zaman muda dulu.

“Yang penting saya masih mampu menyanyi dua jam tanpa henti, tak macam dulu yang dua tiga lagu pun dah kena berhenti sebab sakit,” jelasnya.

Untuk rekod, Zamani pernah menjalani pembedahan besar akibat skoliosis pada 7 November 2022 di sebuah hospital swasta di Cheras.

Selepas pembedahan tersebut, beliau mengambil masa panjang untuk pulih sebelum kembali aktif dalam dunia hiburan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.