Penyanyi dan penulis lagu, Yuna yang kini sedang berkelana di LA sejak berpindah ke sana pada tahun 2009 demi mengembangkan karier muziknya baru-baru ini mendedahkan dia pernah ditempelak oleh rakan-rakannya ketika menyatakan hasrat untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan ‘jenama z’.
Perkara tersebut didedahkan penyanyi berkenaan di Instagramnya baru-baru ini menerusi sebuah posting video yang menggunakan lagu ‘Hind’s Hall’ dari Mackelmore.
Menurut Yuna, mereka semua berhak memberikan pendapat masing-masing namun padanya, dia sedar yang dia bukanlah sempurna dan sebagai manusia, tiada sesiapa yang sempurna dan kita tidak mampu untuk tidak terkait dengan mana-mana jenama kerana sememangnya segala-galanya adalah bersangkutan.
View this post on Instagram
“Ada yang cakap tak masuk akal, tukar topik”
Tambah Yuna, ketika beliau menyatakan hasrat untuk hentikan kerjasama dengan jenama yang berkaitan dengan zionis pada November 2023, ada yang mengatakan ianya gila dan tidak akan ‘membantu’ beliau selain ada pula yang terus menukar topik perbualan.
Pun begitu, Yuna menjelaskan tidak ada sebab untuk tidak mencuba (jalinkan kerjasama), hanya perlu keberanian dan sokongan rakan-rakan sekeliling.
Tambahnya lagi, ada antara mereka yang kehilangan pekerjaan, biasiswa, shadowbanned dan dicabul gara-gara becakap mengenai genosid yang sedang berlaku di Palestin.
Artikel berkaitan : “Tolong jangan generalise” – Leona Nyatakan Sokongan Terhadap Palestin, Tidak Sependapat Dengan Bapa
Artikel berkaitan : “Tak semua boleh buat macam dia” – Netizen Puji Daiyan Trisha Serta-merta Tamatkan Kontrak Jenama Boikot
Menurutnya, ada individu juga pernah mengambil gambarnya mengenakan rantai berbentuk tembikai hanya untuk menakut-nakutkan beliau. Padanya, itu hanyalah sedikit kalau nak dibandingkan dengan mereka yang kehilangan nyawa setiap hari di Palestin dan perlu diingatkan, ada antara jenama ini melabur dalam teknologi peperangan.
Sumber : Instagram