in

“Yang tak cerdik ni jangan tunjuk” – Asyik Mencelah Ketika Bercakap, Mamat Sepah Kena Tegur Dengan Syamsul Debat

mamah sepah kena tegur syamsul debat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelawak Mamat Sepah sekali lagi menjadi tumpuan netizen berikutan videonya menerusi satu sesi audiosiar atau lebih dikenali sebagai podcast yang dikendalinya.

Tindakan Mamat Sepah atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad yang mencelah percakapan penceramah bebas, Syamsul Debat mencetuskan rasa kurang senang netizen.


Menerusi satu potongan video klip yang dimuat naik pengguna media sosial, Syamsul Debat ketika itu sedang berkongsi kisah tentang kerjayanya.

Artikel berkaitan: “Harap pihak berkaitan tak guna lagi wajah kami” – Shuib & Mamat Tarik Diri Pergi Umrah Dengan Syarikat Viral

Artikel berkaitan: “2 nama ni memang aku tak panggil” – Ini Respon Shuib Bila Netizen ‘Petik’ Nama Rahim Sebagai Tetamu Undangan Podcast

Namun, tindakan Mamat yang sering memotong kata-kata penceramah terbabit sambil tertawa telah menyebabkan pelawak itu diberi teguran.

“Perangai yang tak cerdiknya jangan tunjuk, geram betul aku. Sabar, kena sabar dulu, daripada tadi aku menahannya,” tegur Syamsul.

“Menyampuk tak kena tempat”

Pengguna media sosial yang memuat naik video klip itu menyatakan dia berasa malu jika dirinya di situ kerana ditegur sebegitu oleh individu yang dihormati.

Screenshot 2025 05 22 151612

Rata-rata netizen juga bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh Syamsul dengan menegur perbuatan Mamat itu.

Screenshot 2025 05 22 151723 Screenshot 2025 05 22 151745

Ada yang menegur sepatutnya para podcaster seharusnya selidik atau mencari sedikit info tentang latar belakang jemputan.

Jika jemputan itu seorang yang tinggi ilmunya, ia perlulah disertakan dengan adab walaupun situasinya dalam keadaaan santai.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.