in

“Yang rakam bukan AJK surau”- Tular Seorang Pakcik Yang Sedang Beribadah Dihalau Dari Surau Di Bandar Rimbayu, Pihak AJK Jelaskan Perkara Sebenar

AJK surau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial video seorang pakcik yang sedang beribadah di sebuah surau di Bandar Rimbayu, Selangor telah dihalau oleh seorang wanita semalam.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Musolla Halaman 11 yang difahamkan terletak di dalam kawasan perumahan penduduk.


Video tersebut telah dirakam sendiri oleh wanita berkenaan dan dalam video tersebut, dapat didengar bahawa wanita itu meminta pakcik berkenaan beredar dari surau itu kerana dia mendapati pakcik itu telah lama duduk di dalam surau tersebut.

Wanita tersebut juga mengatakan kepada pakcik itu bahawa bil elektrik surau itu dibayar menggunakan yuran penyelenggaran yang dibayar oleh penduduk kawasan itu.

@majoritiofficial

Rasanya pakcik tu datang nak berehat sebentar tu.. majoriti beritaditiktok trendingnewsmalaysia bandarrimbayu surau musollahalaman11

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

Artikel Berkaitan: “Tolong jangan halau saya” – AJK Surau Bantu Wanita India, Ditemui Dalam Keadaan Cemas Bersama Bayi

Artikel berkaitan: Termuntah Dalam Surau, Tindakan Adik Ini Tulis Surat Minta Maaf Dan Tinggakan Duit Untuk Pembersihan Dapat Pujian Netizen

Susulan video yang tular tersebut, pihak Ahli Jawantankuasa (AJK) surau tersebut menerusi Facebook rasmi mereka, Musolla Halaman 11 telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan perkara tersebut.

Menurut pihak AJK musolla itu, si perakam video itu iaitu wanita berkenaan bukanlah AJK surau dan tindakan wanita itu meminta pakcik itu beredar dari surau tersebut bukanlah hasil dari persetujuan pihak AJK.

1 3

Pihak AJK amat mengalukan kehadiran sesiapa sahaja untuk mengimarahkan ibadah di musolla tersebut. Pihak mereka juga kesal dengan tindakan menghalau itu dan mereka juga turut membantah tindakan berkenaan.

Untuk makluman, pihak AJK telah pun berjumpa dengan pengurusan JMB kawasan perumahan itu bagi menyelesaikan keadaan. Pendirian kami jelas, musolla ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk beribadat atau berehat sebentar. Tindakan untuk kunci musollah sama sekali tidak akan berlaku,” jelas pihak AJK Musolla Halaman 11.

Selain itu, pihak AJK musolla berkenaan turut menjelaskan bahawa bil elektrik dan air surau itu ditanggung sendiri oleh pihak musolla dengan menggunakan hasil infaq daripada orang awam.

Meskipun pihak AJK tidak menafikan bahawa musolla itu merupakan harta bersama penduduk namun untuk tujuan ibadat, AJK surau itu tetap membuka rumah ibadat itu kepada sesiapa yang mahu solat.

Difahamkan juga, untuk jemaah luar dari kawasan Halaman 11, mereka perlu melepasi palang kawasan perumahan itu dan ada prosedur keselamatan yang perlu dibuat sebelum masuk.

Sumber: Facebook Musolla Halaman 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.