in

Yang Pertama! Bandar Di Amerika Syarikat Benarkan Laungan Azan 5 Waktu

Cats 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bandar Minneapolis akan menjadi yang pertama di Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan laungan azan lima waktu menggunakan pembesar suara. Perkara ini disahkan sendiri oleh Agensi Anadolu baru-baru ini.

Menerusi satu sesi undian, Majlis Bandaraya Minneapolis mengundi sebulat suara 12-0 untuk memberi izin masjid melaungkan azan dengan menggunakan pembesar suara.


Terdahulu, terdapat peraturan mengenai bunyi yang mengehadkan azan dilaungkan.

Calltoprayer2020

Menurut Bahagian kumpulan advokasi Muslim Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) Minnesota, keputusan ini adalah satu kemenangan bersejarah buat mereka. Ia juga adalah simbol kepada kebebasan beragama dan pluralisme.

“Kami berterima kasih kepada ahli Majlis Bandaraya Minneapolis kerana menunjukkan contoh hebat dan kami menggesa bandar lain untuk turut sama mengikutinya,” ujar pengarah negeri CAIR, Jaylani Hussein, dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Minneapolis mengehadkan masa dan tahap bunyi azan yang boleh dilaungkan. Bagaimanapun, peraturan baharu membenarkan azan dilaungkan dari jam 3.30 pagi hingga 11 malam.

Tahniah buat pihak berkuasa di sana!

Kredit: Berita Harian

BACA: Laung Azan Maghrib 2 Minit Awal, Pihak Masjid Mohon Maaf Dan Minta Penduduk Ganti Puasa

Laungan Azan

Sumber: Star Tribune

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.