Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba hari ini netizen dikejutkan dengan pengakuan seorang gadis yang dikatakan hangat bercinta dengan penyanyi penuh kontroversi, Aliff Aziz sejak Januari lalu.
Belum reda dengan kontroversi tangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies, Aliff yang masih berstatus suami kepada penyanyi Bella Astillah itu masih belum keluarkan kenyataan berkenaan isu yang hangat ini.
Artikel berkaitan: “Terkejutnya saya melihat rancangan NRF” – Wanita Dakwa Skandal Aliff Aziz ‘Spill Tea’ Tentang Ruhainies?
Artikel berkaitan: Anak ‘Buat Hal’ Lagi, IG Ibu Aliff Aziz Dikatakan Hilang?
Namun, seorang gadis menjadi ‘mangsa’ apabila namanya sama dengan ‘Sarah Yasmine’ yang membuat pengakuan awal pagi tadi.
Kebetulan seorang gadis dari Shah Alam yang juga bernama Sarah Yasmine menerima tempias dan terkejut apabila TikTok miliknya tiba-tiba dihujani dengan komen-komen daripada netizen yang bertanyakan adakah dia ‘Sarah’ yang sama dengan wanita yang merupakan kekasih Aliff Aziz itu.
Bercakap kepada Lobak Merah, gadis berusia 29 tahun itu mengakui dia sangat terkejut apabila laman media sosialnya tiba-tiba dipenuhi komen netizen.
“At first terkejut sebab I baru je bangun, tapi ramai dah tag pasal benda ni. So I jadi loading and baca apa yang terjadi. Lagi terkejut sebab nama memang sama betul ejaan semua sama,” katanya.
Bagaimanapun, Sarah memberitahu dia hanya ‘diganggu’ netizen di TikTok sahaja dan tidak di media sosial lain.
@srhysmne Say no moreeee ???
Menurutnya, TikTok miliknya terdapat banyak activities malah salah satu posting di situ mencecah hampir 60K views.
“At first I macam risau jugak, sebab budak-budak muda kawan-kawan I semua faham je and tahu org lain.
Cuma i risau orang-orang tua yang kenal I contoh saudara mara kan tapi tak into social media sangat nanti kan ingat memang I, diorang biasa tengok headline dan nama je,” luahnya lagi.
Sara juga berkata dia sejujurnya sedikit risau namanya terpalit dengan kontroversi itu dan berharap agar tiada yang mengaitkan dirinya dengan isu tersebut.
Adui netizen ni laju sangat buat kerja! Kan dah silap…
Sumber: Instagram