in

“Yang batal ‘job’ tiada” – Ruhainies Dedah Karier Seni Tak Terjejas, Kontroversi Tular Sampai Ke China

ruhainies viral sampai china

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah sekian lama mendiamkan diri, pelakon Ruhainies yang hadir ke rumah terbuka anjuran pereka fesyen Fiziwoo semalam memberi kenyataan kepada media berkenaan situasi terkini dirinya sekarang.

Menurut mStar, Ruhainies menyatakan bahawa karier seninya tidak terjejas teruk walaupun namanya terpalit dalam kontroversi ‘panas’ yang tular sejak tiga bulan lalu.


BAHAN SYARFA 2

Ruhainies atau sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, berkata, perkara itu berlaku mungkin sebab dia lebih banyak berkolaborasi dengan jenama antarabangsa yang tidak terlalu fokus dengan kontroversi yang melandanya.

Yang batal ‘job’ tiada… Mungkin tunda sementara isu tengah panas. Saya faham dan terima dengan hati terbuka. 

“Kebanyakan yang saya bekerja adalah dengan jenama antarabangsa. Mereka tidak terkesan dengan perkara ini sebab fokus bukan hanya dalam Malaysia,” katanya.

Artikel berkaitan: Aliff Aziz Dedah Hubungan Dengan Bella Dah Lama Retak, Selalu Kongsi Masalah Dekat Ruhainies

Artikel berkaitan: “Tak sure kebetulan ke apa” – Ruhainies Dakwa Drama Terbaru Ada Kaitan Dengan Ujian Dia Hadapi Sekarang

Kisah tersebar hingga ke China 

Tambahnya lagi, kontroversi yang menimpa sedikit sebanyak ada memberi kesan buruk kepadanya tambahan pula isu ini dikatakan tular hingga ke China.

Namun Ruhainies percaya setiap apa yang berlaku sama ada baik atau buruk ada hikmahnya yang tersendiri.

Dia juga katanya telah mendapat tawaran kerja dari negara seberang dan ketika ini masih dalam proses perbincangan.

Cerita ini bukan setakat tular di Malaysia malah sampai ke luar negara termasuk China. Apa boleh saya katakan benda yang jadi ini semuanya ada hikmah.

“Tipulah kalau tak terkesan. Ada kelebihan juga apabila benda ini jadi. Allah dah susunkan setiap ujian pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah saya dapat banyak tawaran baru dari negara seberang,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies menerusi temubual tersebut juga mendedahkan yang tidak lagi berhubung dengan Aliff Aziz dan berharap isu berkenaan tidak lagi menjadi perbualan ramai.

Apa-apapun kita sebagai netizen jaga mulut dan hati. Baik fokus kepada hal-hal lain yang lebih berfaedah kan? 

Sumber: mStar

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.