in

“Ya memang saya” – Dibebas Reman, Mamat Sepah Bersuara Isu Sebar Maklumat IPD Di Telegram

Mamat Sepah Mengaku Ditahan Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Heboh minggu ini dilaporkan seorang pelawak ditahan polis kerana menyebarkan maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dalam aplikasi Telegram.


Ramai yang membuat spekulasi dan mengaitkan nama Mamat Sepah berhubung berita terbabit. Malah, pelawak dan usahawan Shuib juga ada berkongsi bahawa dia sangat kenal dengan pelawak yang ditahan itu.

Terbaharu, pelawak Mamat Sepah tampil mengakui bahawa dia dan isteri adalah individu tersebut.

Mamat dan isteri sudah pun dibebaskan dengan jaminan polis dan berkata telah dilayan baik sepanjang tempoh siasatan.

Artikel berkaitan: Pelawak & Isteri Ditahan, Bantu Siasatan Penyebaran Maklumat IPD Di Telegram

Artikel berkaitan: “Saya call dia tapi…” – Pelawak Ditahan Polis, Shuib Dedah Kenal Rapat Dengan Suspek

“Ya memang saya yang ditahan reman berhubung kes tular beberapa hari sebelum ini.

“Alhamdulillah keadaan saya macam biasa saja lagipun ia masih dalam peringkat siasatan, malah saya berikan kerjasama penuh kepada pihak polis, tiada timbul sebarang isu atau masalah lain,” katanya.

Snapinsta.app 368265491 18379436587055564 7395362343548701578 N 1080

Difahamkan, Mamat dan isteri ditahan pada Isnin lalu, bagaimanapun isterinya dibebaskan dua hari selepas ditahan manakala pelawak itu pada petang Khamis.

Mamat bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut berhubung dakwaan mengaitkan dirinya dalam penyebaran maklumat itu.

“Untuk perkara itu saya rasa lebih baik pihak peguam saya yang bercakap kerana ia berkaitan undang-undang kan,” ujarnya.

Mamat dan isteri yang merupakan seorang polis disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksye 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.