Sempena sambutan ulang tahun ke-5 jenama WonderLab dan WonderDewi baru-baru ini, siri penjagaan kulit yang diperbaharui telah diperkenalkan dengan dua barisan produk yang berwajah baharu dan rumusan yang diperhalusi.
Dirumus khas untuk cuaca dan rakyat Malaysia, WonderLab dengan siri WonderLab Ageless Pre-Ageing menawatkan produk pra-penuaan terkini untuk kulit yang tampak lebih muda dan tegang, manakala WonderDewi pula dengan siri WonderDewi Cica yang memudahkan penjagaan kulit bagi pengguna baharu dengan produk yang melegakan, mencerahkan serta menghidrasi kulit.
Barisan produk yang diperbaharui tersebut telah diperkenalkan sewaktu pelancaran ‘WonderLab 5bulous Anniversay’ Pop-Up yang merupakan sebuah acara jualan sementara di The Starhill Bukit Bintang yang boleh disertai oleh khalayak ramai bagi mendalami pengalaman penjagaan kulit dan juga menyertai pelbagai aktiviti interaktif selain promosi eksklusif yang ditawarkan.
Pemilik jenama WonderLab | WonderDewi, En. Hoe Kian Choon (KC Hoe) sewaktu pelancaran menyatakan semangat beliau terhadap pencapaian hebat tersebut dan berharap produk yang dilancarkan itu boleh merancakkan pasaran dengan rumusan baharu dengan teknologi terkini.
Dalam pada itu, pelancaran yang dilakukan baru-baru ini menggariskan komitmen berterusan syarikat berkenaan untuk meluaskan lagi kebolehan inovasi dan kecemerlangan mereka.
Tambah KC Hoe lagi, kemajuan selama 5 tahun syarikat berkenaan adalah bukti semangat dan dedikasi mereka dalam meneroka potensi evolusi kecantikan serta mencipta produk kecantikan dan kesejahteraan yang luar biasa.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing terus menawarkan solusi penjagaan kulit yang berprestasi tinggi, manakala siri WonderDewi Cica terus menyediakan pilihan yang efektif dan berpatutan untuk pengguna yang lebih muda. Bersama, kedua-dua barisan produk ini direka dengan teliti untuk menjadi teman penjagaan kulit melalui semua peringkat hidup, dari pengguna yang baru berjinak dengan dunia penjagaan kulit, kepada peminat penjagaan kulit yang lebih arif.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing: Langkah Terawal Menentang Penuaan
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing terus menyampaikan formulasi terkini pra-penuaan yang menyediakan ‘Trio Youth Effect’ iaitu ketegangan, keanjalan, dan kecerahan. Walaupun siri ini masih lagi menampilkan formulasi unik Trio Black ComplexTM yang terdiri daripada kacang hitam, beras hitam, dan bijan hitam, bahan-bahan tersebut kini dipetik dari Pulau Jeju di mana ia ditanam di dalam keadaan pulau yang bersih serta tanah gunung berapi yang penuh dengan zat mineral.
Siri yang baru dilancarkan ini juga menggunakan sains terkini untuk memanfaatkan kekayaan semula jadi Jeju melalui proses pengekstrakan terbaru yang mesra alam, Hyalsquiz™, yang boleh memetik sel tumbuhan secara terus sambil meningkatkan kesan kelembapan bahan-bahan tersebut.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing menampilkan Toner Essence Niacinamide (Niacinamide Toner Essence), yang menawarkan kebaikan toner dan esen 2-dalam-1 untuk memudahkan rutin penjagaan kulit, di mana 91% pengguna mendapati kulit lebih tegang selepas 2 minggu, 100% melihat keanjalan lebih baik dalam 4 minggu, dan 91% mendapati keserian kulit segera dalam masa 3 minggu.
Ia juga mengandungi Masker Tidur Black Ginseng (Black Ginseng Sleeping Mask) yang mencergaskan dan memberi tenaga kepada kulit semalaman, meningkatkan peredaran darah dan kolagen, serta memastikan kulit muka segar di pagi hari, bersama Pembersih Muka Grapeseed Oil (Grapeseed Oil Cleansing Balm), Pelembap Muka Resurrection Plant (Resurrection Plant Moisturiser), dan Tone Up Pelindung Matahari Zinc Oxide (Zinc Oxide Tone Up Sunscreen).
Siri WonderDewi Cica: Penjagaan Kulit untuk WONDER-warni Remaja
Siri WonderDewi Cica pula direka sebagai perkenalan yang praktikal bagi mereka yang baru bermula untuk memakai produk penjagaan kulit. Set 4-serangkai ini menawarkan rutin yang mudah dan efektif bagi pengguna baru, menjadikan asas yang kukuh bagi kulit muka yang sihat.
Dirumus khas untuk cuaca di Malaysia, siri WonderDewi Cica yang baru dilancarkan ini mengandungi Tecamin-CTM, sejenis Cica yang diperkaya dengan Vitamin C semula jadi yang ditumbuh dengan teliti menggunakan teknik penanaman terkini.
Dengan gabungan khasiat Cica dan Vitamin C, siri ini memberikan hidrasi yang melegakan dan meningkatkan seri muka untuk memenuhi keperluan kulit wajah tempatan. Jelas sekali pilihan praktikal bagi sesiapa yang ingin memulakan rutin penjagaan kulit yang efektif dan mudah.
Siri WonderDewi Cica menampilkan Pelembap Prebiotik (Prebiotic Moisturiser), diperkaya dengan prebiotik dan Tecamin-CTM, yang menyegarkan dan mencergaskan kulit dengan segera, mengimbangi mikrobiom, serta mengawal sebum dan keradangan untuk kulit muka yang lebih cerah.
Siri ini juga menampilkan Pembersih Muka Asid Amino (Amino Acid Cleanser), Toner Hyaluronic (Hyaluronic Toner), dan Pelindung Matahari Niacinamide (Niacinamide Sunscreen), yang melengkapkan lagi keperluan asas rutin penjagaan kulit.
Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi Cica yang diperbaharui akan boleh didapati di kedai WonderLab seluruh negara dan secara online daripada TikTok, Shopee, dan Lazada. Juga diumumkan sewaktu pelancaran, WonderLab dan WonderDewi tidak lama lagi akan boleh didapati di kedai Watsons terpilih seluruh negara sebagai sebahagian daripada rancangan strategik untuk mengembangkan saluran pengedaran WonderLab dan WonderDewi.
Alami Keajaiban Penjagaan Kulit di ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up!
Jemput masuk ke dunia di mana produk kecantikan boleh dibeli seakan barangan runcit di WonderLab 5bulous Anniversary Pop-Up, direka untuk memukau, menginspirasi, dan memperkasakan pengunjung untuk ‘Be Iconic’.
Berlatarkan di tengah-tengah Kuala Lumpur di daerah Bukit Bintang, pengalaman pasar runcit yang memikat, dan bertenaga ini direka khas untuk menyambut ulang tahun ke-5 WonderLab | WonderDewi. Ia telah pun membuka pintu ke khalayak ramai di The Starhill Bukit Bintang, dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam sehingga 1 September 2024.
Jualan terhad pop-up mart ini menawarkan solusi lengkap kecantikan dan kesihatan, termasuk siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan siri WonderDewi Cica yang diperbaharui dan dilancarkan pada acara tersebut. Selain pengalaman runcit yang tidak dapat dilupakan, pop-up mart ini juga akan melibatkan pelawat dengan pelbagai aktiviti interaktif, permainan mini yang nostalgik, dan analisa kulit percuma.
Mencerminkan semangat sejati belian runcit, pop-up mart ini juga menampilkan pelbagai promosi termasuk tawaran happy hour, diskaun eksklusif 10% seluruh kedai (termasuk promosi lain-lain lagi) berserta hadiah percuma dengan belian, seperti barangan edisi terhad dan gelang tangan Celovis yang bernilai sehingga RM399, mengesyorkan pengalaman membeli-belah yang memuaskan hati.
Bagi yang tidak dapat menghadirkan diri ke acara ini, mereka masih boleh mendapati tawaran eksklusif melalui strim langsung 48-jam istimewa dalam laman TikTok WonderLab (@wonderlab_my), dari 29 Ogos hingga 1 September, setiap hari dari 10 pagi ke 10 malam.
Maklumat lanjut tentang sambutan ulang tahun, produk penjagaan kulit WonderLab dan WonderDewi yang diperbaharui boleh didapatkan menerusi pautan ini :
- Laman Web: wonderlab.com.my
- Platform Media Sosial: FB: @WonderLabOfficial | IG: @WonderLabOfficial | TikTok: @wonderlab_my