Sebuah kilang memproses fucuk telah diserbu oleh pihak berkuasa kerana disyaki beroperasi dalam keadaan persekitaran yang kotor dan menjijikkan.
Disebabkan sebuan itu wujud tiga lagi kilang memproses bahan sama dalam situasi serupa di perkarangan bersebelahan bekas kandang khinzir di Sungai Bakap, Sungai Jawi.
Menerusi Astro Awani, Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Mohd Wazir Khalid berkata pemeriksaan ke atas semua kilang fucuk tersebut mendapati berlaku pelanggaran Akta Makanan 1983 membabitkan aspek kebersihan dan juga pakaian pekerja.
Lokasi bersebelahan bekas kandang babi, dalam kilang ada bangkai kucing semasa diserbu
Dalam sekitar kilang tersebut pekerja tidak memakai sarung tangan ketika memproses, berseluar pendek akanan dihurung lalat, anjing berkeliaran di kawasan memproses makanan selain turut ditemukan najis tikus serta bangkai kucing di dalam kawasan kilang.
Susulan pemeriksaan itu pihaknya mengeluarkan empat notis kompaun terhadap kesemua kilang terbabit dengan nilai keseluruhan sebanyak RM8,500 berserta amaran keras agar mereka menambah baik aspek kebersihan.
Difahamkan kilang terbabit membekalkan fucuk ke kedai runcit di sekitar negeri ini dan juga Kedah.
“Kesemua kilang ini beroperasi tanpa lesen pihak berkuasa tempatan. Ada yang telah beroperasi selama 40 tahun manakala yang paling baharu telah beroperasi selama lapan tahun.:
“Tempat ini pernah beroperasi untuk ternakan khinzir dan keadaan ini amat mendukacitakan kerana persekitaran amat kotor dan kita tidak tahu sama ada tempat itu telah dibersihkan atau disanitasi dengan baik,”
Video serbuan itu viral dimedia sosial dan meraih lebih daripada 1,400 jumlah retweet.
Sekiranya anda penggemar juadah fucuk dan juga pencinta kucing, JANGAN TONTON video ini.
? Sungai Jawi, Pulau Pinang
? 18 Feb 2021 pic.twitter.com/DYrzZTU90b— The Plant Dad ⚯͛ (@ATMology) February 18, 2021
Rata-rata netizen tergamam, terkejut dan kembang tekak apabila melihat persekitaran kilang tersebut, apatah lagi fucuk yang merupakan salah satu makanan yang cukup di gemari oleh orang ramai.
Sampai ada yang trauma nak makan
What the fucuk?! – Netizen

Harap apa yang kita makan tu elok lah, min pun suka sangat makan fucuk ni.

