Tidak berdiam dengan kenyataan Syamsul Yusof yang dianggap memalukan dan menyakiti hati anak-anak, isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana menuntut penceraian daripada pelakon filem Munafik itu.
“Awak seorang suami yang narcissistic”
Dalam satu perkongsian foto Puteri Sarah bersama anak-anaknya, dia menyatakan bahawa dirinya telah disekat oleh Syamsul dan tidak boleh berhubung. Disebabkan itu Puteri Sarah membuat ‘tuntutan’ itu di Instagram.
“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu dan awak seorang suami yang narcissistic.”
https://www.instagram.com/p/CnObO6grSdk/
Katanya lagi, dia dan anak-anak berhak untuk mendapatkan kehidupan yang jauh lebih baik. Dalam masa 19 minit ia dikongsikan, lebih 5,000 netizen membanjiri ruangan komen dan rata-rata berpihak kepada keputusan yang Puteri Sarah tuntut ini.
Apapun, semoga perkara ini dapatlah diselesaikan dengan kadar segera.
Baca: “Malunya Syaikhul & Sumayyah dapat ayah macam ni” – Puteri Sarah Respon Posting Syamsul Yusof