in

Wartawan ‘Undercover’ Dedah Penderaan Kejam Terhadap Kanak-Kanak OKU di Pusat Terapi

11111 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wartawan 'Undercover' Dedah Penderaan Kejam Terhadap Kanak-Kanak OKU di Pusat Terapi
Loading
/

Jangan disangka perlakuan jahat boleh disorok selama-lamanya. Satu pendedahan yang telah dilakukan oleh seorang wartawan di sebuah pusat terapi pertuturan di China telah mengejutkan ramai pihak setelah rakaman video perlakuan terkutuk staf di pusat itu disiarkan di televisyen.

Menurut Daily Mailwartawan yang juga telah menyamar sebagai seorang guru di situ telah mengambil beberapa buah rakaman video yang menunjukkan perilaku staf yang telah mendera kanak-kanak pekak dan bisu dari segi fizikal dan lisan.


Kanak-kanak kurang upaya itu telah dipukul, ditampar dan ditendang pekerja-pekerja di pusat terapi yang terletak di daerah Jiangxi, China.

2 66
sumber: nextshark

Salah satu daripada rakaman video juga ada menunjukkan tindak laku seorang pekerja yang mengugut anak kecil ini untuk memakan najis mereka sendiri jika mereka tidak mampu ke tandas seperti yang sudah diberitahu sebelum ini.

“Kalau awak kotorkan seluar awak lagi, awak kena makan najis awak sendiri!” 

Manakala seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Chen pula sempat menasihati wartawan tersebut untuk memukul pelajar di satu tempat yang tersembunyi berdekatan dengan tangga supaya “tiada siapa yang dapat melihat” perilaku buruk mereka.

1 113
sumber: nextshark

Pesan Chen,

“Awak boleh toleh ke tingkap luar sekejap untuk periksa kalau-kalau ada yang melintas. Jikalau tiada sesiapa, awak boleh kembali pukul pelajar itu lagi.” 

Walaupun begitu, ketua pusat tersebut, Wu Xi, telah menjelaskan bahawa para guru dibenarkan untuk menampar pelajar-pelajar di situ selagi ia tidak mengenai bahagian kepala kerana takut ia akan merosakkan alat pendengaran yang dipakai pada kepala mereka.

Malah menurutnya dalam sesi temubual bersama Pear Video, rakaman video itu kelihatan berat sebelah dan menimbulkan pandangan yang tidak sepatutnya terhadap staf-staf di situ.

Capture 20170426 175945
sumber: youtube

“Ada banyak situasi yang menyenangkan yang tidak ditunjukkan wartawan di dalam rakaman tersebut. Semua yang ditayangkannya hanyalah situasi di mana guru-guru dalam keadaan marah sahaja.”

Selain itu, ada juga rakaman yang menunjukkan staf pusat tersebut tidak mementingkan kebersihan dalam menguruskan kanak-kanak di situ. Sehelai tuala telah digunakan untuk mengelap lima ke enam tubuh kanak-kanak. Malah berus gigi pelajar-pelajar juga telah dicampurkan ke dalam satu bekas.

Memang kena berhati-hati dalam memilih pusat jagaan yang sesuai untuk tinggalkan anak-anak seharian di situ. Banyak yang hanya ingin mengaut keuntungan dari betul-betul serius menjaga terutamanya anak-anak OKU yang banyak keletah.  

Tonton video di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.