Negara jiran kita, Indonesia telah memperkenalkan rekaan terbaru pasport negara mereka yang berwarna merah putih iaitu warna bendera kebangsaan mereka.
Memetik laporan Bernama, rekaan terbaru pasport negara seberang itu telah diperkenalkan pada Sabtu bersempena dengan hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-79 pada 17 Ogos 2024.
Untuk pengetahuan semua, pasport Indonesia sebelum ini berwarna hijau dan ia digunakan sejak tahun 2014.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Indonesia Cemburu Dengan ‘Nikmat’ Yang Diterima Rakyat Malaysia
Artikel berkaitan: “Dengar azan dari aplikasi je” – Pelancong Indonesia Dakwa Tak Dengar Azan Berkumandang Sepanjang Di Malaysia
Menurut Ketua Pengarah Imigresen republik itu, Silmy Karim, pasport baru Indonesia itu memenuhi piawaian antarabangsa terkini dan mempunyai ciri keselamatan untuk mencegah pemalsuan dan pengubahan data.
Difahamkan juga, rekaan pasport baru mereka itu mempunyai ciri keselamatan canggih iaitu kulit tahan panas.
Corak fabrik tradisional yang menonjolkan elemen budaya wilayah Indonesia turut dipaparkan pada halaman pasport baru itu.
Sumber: Bernama