Pastinya kita akan berasa bengang apabila tidak semena-mena terpalit isu yang bukan kita ciptakan sehingga mencetuskan kontroversi.
Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah Liyana didakwa memberi sebiji kek dan sejambak bunga kepada bekas suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof sebagai tanda minta maaf.
Bagaimanapun, Puteri Sarah memaklumkan hantaran yang tular di Facebook melibatkan dirinya melakukan perkara itu adalah palsu dan tidak benar sama sekali.
Hantaran palsu itu telah mengundang pelbagai kecaman daripada warga Facebook yang melemparkan tuduhan tanpa usul periksa di ruangan komen akaun tersebut.
Jangan buat gosip murahan
Puteri Sarah juga menjelaskan bahawa pemberian itu sebenarnya diberikan kepada bekas mertuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah. Justeru, pelakon itu memohon kerjasama netizen agar tidak menyebarkan gosip murahan.
“Dan warga Facebook pun mulalah komen kata sarah ni macam-macam. Eh hello, lambat lagi. Flowers and cakes tu untuk @patimah8057 dan @dyhaslam. Tolonglah jangan buat gosip murahan sebab warga Facebook ni aneh-aneh,” tulisnya.
Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul telah bercerai pada 14 Jun lalu dengan talak satu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Jadilah pengguna media sosial yang berhemah, elakkan membuat tuduhan yang boleh mengundang fitnah.
Ada juga sesetengah pihak yang sengaja mengeluarkan cerita palsu semata-mata untuk mempromosi produk niaga mereka.
Baca: Nad Zainal Bengang Ada Pihak Fitnah Pasal Rumah Tangga Gara-Gara Nak Suruh Tekan Link Niaga