in

Warga Asing Didakwa Serang Wanita Di Kedai, Siap Bawa Kayu Hoki

warga asing serang kedai

Sekumpulan warga asing dikatakan cuba menyerang seorang wanita di kawasan kedai, video kejadian itu kini sedang tular di media sosial.

Menurut laporan Kosmo!, kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan kedai yang terletak di Kajang, Selangor.

Dalam video yang berdurasi 25 saat itu, kelihatan beberapa orang individu lelaki yang cuba menyerang seorang wanita dan beberapa orang daripada mereka membawa kayu hoki sebagai senjata.

Pun begitu, dalam video berkenaan tiada sebarang keganasan berlaku sebaliknya terdengar jeritan suara wanita tersebut yang menempik dan menghalau sekumpulan lelaki tersebut.

Dalam pada itu, kedengaran juga suara orang ramai yang menjerit serta mengugut untuk memanggil pihak polis jika sekumpulan warga asing itu tidak beredar dari tempat kejadian.

Tidak lama kemudian, kumpulan lelaki terbabit dilihat beredar dengan menaiki tiga kereta yang berasingan.

“Siapa diorang ni?” 

Tindakan kesemua lelaki berkenaan menimbulkan tanda tanya dan ramai netizen yang meminta agar pihak berkuasa mengambil perhatian berkenaan kekecohan tersebut.

cats 48

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berkenaan isu ini.

Baca: Misteri Mayat Lelaki 40-an Ditemui Dalam But Kereta, 4 Warga Asing Ditahan

Mayat Dalam But