in

Wanita Terpaksa Bayar RM4.9k Ganti Rugi Kasut Rosak, Pelanggan Tak Bagi Kerjasama Bila Minta Resit

kasut dior RM4.9k

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita yang menyediakan perkhidmatan gubahan barang hantaran mendedahkan seorang pelanggannya telah meminta bayaran ganti rugi sebanyak RM4,900 gara-gara kasut yang didakwa berjenama mewah telah rosak.

Menurut wanita itu yang dikenali sebagai Yuna Zalee, pelanggannya meminta ganti rugi kerana kasutnya rosak disebabkan pita pelekat yang digunakannya sewaktu mengubah hantaran.


Bagaimanapun, dia kecewa apabila diminta menyerahkan resit pembelian kasut tersebut, pelanggan terbabit enggan memberi bukti pembelian dengan memberi bermacam alasan.

https://www.tiktok.com/@yunazalee/video/7266741102265371906

“Minta tolong kuasa viral anda semua, pelanggan tak puas hati dengan servis kita sampai minta refund harga kasut yang bernilai hampir RM5,000.

“Apabila minta resit, tak mahu bagi…ujian apa yang Allah cuba bagi ya,” tulisnya di ruangan kapsyen di TikTok.

Menerusi video yang dikongsikan, wanita itu bertindak menggunakan pita pelekat pada bahagian tapak dan tumit kasut terbabit supaya tidak tercabut semasa dulang hantaran dibawa.

Namun kesan gam yang tak dapat ditanggalkan pada tapak kasut jenama mewah itu membuatkan pelangannya berasa kecewa dan meminta ganti rugi.

Tidak mahu memanjangkan isu, dia meminta maaf dan segera membayar ganti rugi kasut itu seperti yang dipaparkan dalam video terbabit.

Dia juga meminta supaya kasut itu diserahkan kepadanya bersama resit pembelian, namun pelanggan terbabit enggan memberi kerjasama dan meminta wanita itu mengambilnya sendiri.

“Kita minta resit untuk bukti original item, itu sahaja…bukan nak buat apa-apa pun.

“Kalau awak tak nak bagi macam mana saya nak tahu kasut ni betul-betul original item,” katanya kepada pelanggan itu.

Difahamkan, pelanggan terbabit sudah memberikan kasut tanpa resit itu kepadanya dan dia berhasrat untuk menjual semula kasut terbabit pada harga RM3,000.

https://www.tiktok.com/@yunazalee/video/7266785578102885633

Perkongsian video itu telah mendapat perhatian netizen, rata-ratanya menasihati wanita tersebut untuk lebih berhati-hati dengan tipu helah pelanggan.

Ada juga yang mendakwa, pelanggan terbabit sedang sakan membeli belah selepas menerima wang refund daripada wanita tersebut.

Sumber: mStar

Baca: “Orang luar dia cas RM30, tempatan RM10” – Kes Scam Jurufoto Depan KLCC, Rupanya Ramai Dah Jadi Mangsa
ft scam fotografi klcc 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.