in

Wanita Tempah Bilik Hotel Dengan ‘View’ Laut, Tapi Rupanya Hanya Poster!

Bilik Hotel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika bercuti di pulau-pulau atau di kawasan pantai, sudah tentu ramai antara kita yang akan menempah vila, chalet atau hotel yang menghadap pantai dan laut, barulah nampak pemandangan yang cantik dari bilik kan. Baru tenang nak healing sebab dapat vitamin sea. 

Namun, nasib seorang wanita ini pula tidak begitu baik apabila dia tidak mendapat bilik hotel yang sesuai dengan apa yang dijanjikannya ketika membuat tempahan hotel.


Menerusi video TikTok, wanita yang dikenali sebagai clarisamurgia itu berkongsi bahawa dia sebenarnya menempah bilik hotel yang mempunyai pemandangan laut ketika bercuti di Itali di mana dia dapat melihat sea view dari balkoni bilik tersebut.

@clarisamurgia

Espectativa vs realidad ? #italia #parati #italy #paratiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii #beach #playa #spiaggia #mare #vacanza #estate

♬ Risa Exagerada – Kosovo inefi

Artikel Berkaitan: “Rakam video sebab sesat” – Lelaki ‘Cemas’ Lampu Di Lobi Hotel Tiba-tiba Terpadam, Rupanya…

Artikel Berkaitan: Individu Terkejut Hotel Terbiar Di Shah Alam Masih Diiklankan Dalam Aplikasi Penginapan

Namun, dalam video yang berdurasi selama 11 minit itu, dapat dilihat bahawa apabila dia sampai dan mendaftar masuk ke tempat penginapan tersebut bahawa pemandangan laut yang dijanjikan hanyalah poster laut yang ditampal pada dinding.

Ini kerana balkoni bilik tersebut menghadap dinding bangunan bersebelahan, jadi memang tak dapat lah pemandangan laut yang sebenar.

5

Menerusi kapsyen video tersebut, difahamkan wanita itu hanya mampu gelak dengan kreativiti pemilik tempat penginapan tersebut yang menampal poster ‘pemandangan laut’ itu.

Ini kerana, jika dilihat dari sudut tertentu, view tersebut memang nampak macam pemandangan laut yang betul, cuma lautnya tak bergerak la sebab ia sebenarnya gambar.

6

Rata-rata warganet pun mengatakan bahawa mereka juga pada mulanya menyangkakan view tersebut memang pemandangan laut yang betul kerana nampak macam betul.

Bijak owner hotel ni pilih gambar sebab nampak realistik betul mula-mula tu. 

Sumber: TikTok @clarisamurgia, Must Share News 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.