Satu majlis perkahwinan yang meriah bertukar menjadi tragedi selepas diserang oleh tetamu yang tak diundang. Seorang wanita yang dipercayai bekas teman wanita pengantin lelaki bertindak menyerang majlis resepsi dalam kejadian yang berlaku di Vietnam baru-baru ini.
Memetik laporan The Thaiger, wanita itu telah menyerang dan membaling lumpur ke arah pengantin dan dihalakan tepat ke arah muka pengantin wanita. Dalam insiden itu, pengantin wanita sedang bersiap untuk menuju ke pelamin dan secara tiba-tiba diselaputi lumpur.
Ketika kejadian itu berlaku, pengantin lelaki dan pengantin perempuan dilihat masuk ke dalam majlis itu sebelum seorang wanita menceroboh masuk dan membaling lumpur ke arah mereka. Bekas teman wanita itu kemudian melarikan diri dari tempat kejadian, meninggalkan muka dan pakaian pengantin perempuan ditutupi dengan lumpur. Orang ramai segera bergegas membantu membersihkan pengantin perempuan.
Pengerusi jawatankuasa komuniti tempatan, Chen Ba Huan, mendedahkan bahawa wanita yang membaling lumpur itu adalah bekas teman wanita pengantin lelaki. Pasangan itu sebelum ini menjalinkan hubungan dan mempunyai seorang anak bersama. Bagaimanapun, keluarga pengantin lelaki tidak merestui hubungan itu dan menghalang pasangan itu daripada berkahwin, menyebabkan wanita itu marah dan mengakibatkan gangguan pada majlis perkahwinan.
Chen menambah bahawa pengantin perempuan itu kemudiannya diserang oleh saudara mara bekas teman wanita itu dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Baca: “Ramai gadis heartbroken”- Putera Mateen Bakal Berkahwin Dengan Pilihan Hati Januari 2024