in

Wanita Sangka Dapat ‘Sugar Daddy’ Untuk Tanggung Kos Pengajian Kolej, Tetapi Rupa-rupanya…

Msian Student Pays Rm12000 Deposit To Find Sugar Daddy Gets Scammed Instead World Of Buzz 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kos pengajian dan pembelajaran zaman sekarang semakin hari semakin mahal. Terdapat banyak pinjaman pelajaran yang ditawarkan di negara kita namun kebanyakannya perlu dibayar semula. Ada juga senarai biasiswa yang boleh dimohon oleh golongan pelajar namun syarat-syaratnya kadangkala sukar untuk dipenuhi.

Oleh sebab itu, terdapat individu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang bagi menanggung yuran pengajian yang tinggi. Menurut Harian Metro, seorang wanita bernama Amy (bukan nama sebenar) memilih untuk menggunakan cara salah untuk mendapatkan wang kerana dia tidak mampu membayar yuran pengajiannya.


“Saya mahu menyambung pengajian di kolej dan perlukan wang,” kata Amy.

C5 2
sumber: china press

Amy tidak mahu tercicir dari kolej dan sedaya upaya mencari pelbagai cara untuk mendapatkan wang yang diperlukan. Pada waktu inilah Amy didekati oleh seorang lelaki bernama Mike yang mendakwa boleh menyelesaikan masalah kewangan dihadapinya.

Wanita berusia 22 tahun yang berasal dari Perak itu juga memberitahu bahawa Mike menghubunginya melalui Whatsapp dan menawarkan untuk memperkenalkan seorang ‘sugar daddy’ kepadanya agar dia boleh mendapatkan wang yang diperlukan.

C3 1
sumber: china press

Dijanjikan pendapatan sehingga RM6000 bagi setiap layanan yang diberi, Amy bersetuju untuk mendaftarkan dirinya menjadi seorang ‘sugar baby’. Pun begitu, Mike menyuruh wanita itu memasukkan duit deposit sebanyak RM12,000 ke dalam akaunnya sebelum dia boleh mengatur perjumpaan Amy dengan ‘sugar daddy’ tersebut.

“Saya setuju namun Mike minta saya mendepositkan RM12,000 ke akaun bank tempatan sebagai bayaran pendaftaran yang saya mahu bekerja dengannya,” kata Amy lagi.

“Saya melakukan lima transaksi ke akaun bank itu, malah seorang rakan saya turut mendepositkan RM2,000 kerana mahu mendapatkan kerja terbabit.”

C2 1
sumber: china press

Setelah membayar wang bernilai RM12,000 itu, Amy diminta membayar lagi tambahan wang sebanyak RM750 atas alasan caj pemprosesan dan GST. Mula merasa curiga dengan hal itu, Amy bertindak menghubungi Mike untuk mengembalikan wang.

Sudah dapat dijangka, lelaki itu memutuskan talian sebelum terus gagal untuk dihubungi wanita terbabit. Waktu itulah baru Amy sedar bahawa dia telah diperdaya oleh lelaki tersebut lalu segera membuat laporan kepada Datuk Seri Michael Ching, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA.

C1 3
sumber: china press

“Kini, saya perlu menjelaskan hutang RM10,000 dibuat daripada rakan-rakan bagi membayar deposit berkenaan,” kata wanita itu lagi.

Chong memberitahu bahawa pihaknya percaya lelaki terbabit sudah memperdaya ramai mangsa dengan menggunakan taktik yang sama.

Sentiasa berhati-hati dalam menerima tawaran yang too good to be true. Tidak kiralah dalam mencari pekerjaan atau apa kes sekalipun. 

Baca: Lelaki Perdaya Wanita Melalui WeChat, Ugut Sebar Gambar Bogel dan Tipu Lebih RM100,000

Huahs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.