Kecoh di media sosial baru-baru ini selepas seorang wanita warganegara Palestin mengamuk di Wisma Transit Kuala Lumpur. Video kekecohan itu telah mendapat perhatian orang ramai dan turut diberikan respon oleh Duta Palestin di Malaysia.
Terkini, wanita tersebut tampil memohon maaf dan menyesali tindakan yang dilakukannya.
Menurut laporan Sinar Harian, Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah berkata, tindakannya membuat kekecohan itu berlaku kerana terlampau memikirkan mengenai keadaan anaknya yang masih berada di Gaza. Aminah juga memaklumkan beliau tidak dapat berkomunikasi dengan anaknya itu selama seminggu di Malaysia.
Saya minta maaf dan sangat menyesal dengan apa yang saya lakukan. Saya bersumpah kepada Tuhan, saya tidak buat dengan sengaja. Kami sedang lalui situasi dan keadaan yang sangat sulit yang hanya Allah SWT sahaja tahu”
Dalam permohonan maaf itu, Aminah juga memuji rakyat Malaysia atas budi bicara dan layanan yang sangat baik. Video permohonan maaf itu boleh dilihat di bawah.
@tahreergh Dengan segala hormat kepada ATM dan semua pihak yang terlibat dalam kes perempuan Palestin yang menjadi viral 2 hari yang lepas di Wisma Putra Malaysia.. saya nak kongsi video perempuan yang sama tapi kali ni content video dia lain sangat dari video yg viral tu .. Rasulullah SAW bersabda: كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ. Maksud hadis ini adalah: Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat. Hadis riwayat Al-Tirmizi. Ujian besar buat manusia adalah keupayaan untuk memaafkan orang yang membuat salah kepada beliau .. semoga Allah memberi keupayaan ini kepada kami semua.. Walau menjadi apa2 pon, kami rakyat Palestin tetap sayang Malaysia dan rakyat Malaysia.. ikhlas dari hati tahu 🥹🇲🇾🇵🇸 TahreerGh Gh
Wanita itu adalah antara 127 rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan kesan daripada perperangan dan kekejaman oleh rejim Zionis di bumi Gaza.