in

Wanita Nafi Jadi Kekasih Amir Shafiq, Perjelas Sebab Tinggal Di Rumah Banglo Shila Amzah

Ft Wanita Sangkal Kekasih Adik Shila Amzah Rumah Banglo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Eiza Idanie Che Saleh menafikan bahawa dirinya adalah kekasih hati kepada adik Shila Amzah iaitu Amir Shafiq hingga menerima kecaman hebat daripada netizen.

Menerusi Harian Metro, Eiza berkata, hubungannya dengan Shafiq hanya atas urusan perniagaan dan dia ditawarkan untuk menetap di banglo milik penyanyi lagu Patah Seribu itu oleh kedua ibu bapanya pada hujung tahun 2021 lepas.


Artikel Berkaitan : Keluarga Cari Rumah Baharu Tanpa Pengetahuan, Shila Amzah Pilih Tak Nak Masuk Campur

Artikel Berkaitan : “Saya memaafkan anda semua” – Disebabkan Fitnah, Kerja Adik Shila Amzah Di China Tergendala

Ditawar tinggal bersama sebab banjir

Eiza menjelaskan bahawa rumah sewanya di Hulu Langat ditenggelami air banjir sehingga mengalami kerosakan yang teruk dan menjejaskan barang perniagaanya.

“Dalam masa sama, ketika itu, Shafiq bekerja dengan saya dan ada isu dalam perniagaan menyebabkan saya terpaksa tutup perniagaan dan dia ada berhutang duit dengan saya.”

“Disebabkan mengalami kerugian besar saya minta Shafiq temukan saya dengan bapanya, Datuk ND Lala untuk mencari jalan keluar dan peluang untuk saya bangkit dalam perniagaan.”

Screenshot 2023 11 06 150458

Jelasnya, bapa Shafiq iaitu ND Lala telah menawarkan peluang perniagaan multi level marketing (MLM) dan mempelawa untuk tinggal di rumah mereka untuk sementara waktu sehingga ditawarkan bekerja sebagai pembantu peribadinya.

“Malah dia juga pernah menggunakan duit saya sebanyak RM8,000 untuk daftar keahlian baru untuk perniagaan MLM itu.”

 

Pernah keluar dari rumah, tapi dipanggil semula

Eiza menjelaskan yang dia rasa kecewa dengan kenyataan Shila Amzah yang meminta ‘orang luar’ yang tinggal di dalam banglo itu untuk keluar. Malah Eiza juga menyatakan bahawa dia pernah keluar dari rumah tersebut.

Namun, sepanjang beberapa bulan dia tiada di rumah, ibu Shila Amzah sentiasa hubungi dan memujuk dirinya untuk tinggal bersama kerana kemelut rumah tangga.

Screenshot 2023 11 06 150344

“Ibu Shila selalu minta saya mendengar masalah berkaitan rumah tangganya. Jadi atas rasa simpati saya kembali ke rumah itu. Di rumah itu pun saya duduk sebilik dengan ibu, Syada dan anak angkat Shila.”

“Malah sepanjang pergaduhan ibu bapanya, saya terpaksa mengambil tanggungjawab untuk membantu dan menjaga ibu dan adiknya, Syada Amzah memandangkan kami faham Shila terlalu sibuk dengan kerja.”

“Pada awal tahun ini pun, saya sekali lagi berpindah keluar tapi dipujuk oleh ibunya. Saya faham emosi ibu Shila waktu itu yang memerlukan seseorang untuk tempat luahan di saat anaknya memberi alasan sibuk bekerja.”

“Sepanjang tinggal di rumah itu, saya sedar diri dan membantu menjaga rumah serta menyumbang perbelanjaan keluarga Shila seperti membeli barangan dapur, makanan kucing dan lain-lain.”

“Saya juga nak jelaskan di sini, saya tidak sentiasa berada di rumah terbabit kerana kebanyakan urusan saya di luar kawasan seperti ke China dan luar daerah.”

Dengan penjelasan ini, Eiza berharap agar dapat membersihkan semula namanya selepas dikecam dan dilemparkan dengan bermacam fitnah daripada Shila sebelum ini.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.