in

Wanita Ini Temui Kanak-Kanak OKU Dikurung Di Dalam Sangkar Seperti Anjing

kids

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

*Hasil perkongsian pembaca World Of Buzz. Diterbit dengan keizinan World of Buzz.

Pembaca kongsikan tentang penemuan dahsyat kanak-kanak kelainan upaya (OKU) dikurung di dalam ‘sangkar’.


Vivien bersama keluarganya pergi melawat ibu saudara beliau di Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat di Batu Gajah. Mereka memang kerap datang melawat ibu saudaranya, namun pada hari itu Vivien membuat keputusan untuk melawat sekitar rumah itu seorang diri sebelum terjumpa satu tempat yang agak mengejutkannya.

Dia ternampak kanak-kanak dikurung di dalam sangkar dan paling dahsyat sekali, setiap ‘sangkar’ mempunyai lebih daripada seorang kanak-kanak!

Kredit: World of Buzz
Kredit: World of Buzz

Menurut Vivien,

“Saya nampak layanan tidak berperikemanusiaan kepada pesakit cacat ketika lawatan saya. Mereka dikurung di dalam sangkar itu seperti anjing tanpa air, katil, tiada apa apa. Lebih teruk lagi, satu sangkar itu dikongsi oleh beberapa pesakit.”

Vivien hanya dapat lihat kejadian menyedihkan ini sepintas lalu dari tingkap. Dia berkata setiap sangkar dilihat dikongsikan oleh dua pesakit.

Beliau juga menerangkan keadaan persekitaran yang menjijikkan yang terpaksa dihadapi kanak-kanak tersebut.

“Sebenarnya keadaan di situ agak gelap dan tiada pencahayaan. Rumah tersebut sangat busuk, dengan hanya satu tempat takungan air dan tandas untuk dikongsi.”

[sociallocker id=1666]

“Baunya seperti campuran clorox, air kenjing dan najis. Seperti kimia dan kumbahan.”

w2
Kredit: World of Buzz
w3
Kredit: World of Buzz

Vivien juga berkata bahagian rumah di mana kanak-kanak ini ditempatkan, sentiasa berkunci supaya tiada siapa boleh memasuki kawasan itu. Takut dirinya ditemui di kawasan itu, Vivien dengan pantas mengambil beberapa gambar sebelum beredar.

“Saya ambil gambar ini dari tingkap secara senyap memandangkan pintunya dikunci dan pejabat terletak betul-betul di hadapan rumah yang berkunci ini”

[/sociallocker]

Menurut Vivien, Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat ini mempunyai dua bahagian. Satu bahagian untuk wanita dan satu bahagian lagi untuk kanak-kanak. Beliau turut berkata ibu saudaranya itu dijaga dengan baik kerana adanya penjaga, katil, makanan, almari dan sebagainya. Malangnya, nasib kanak-kanak yang dijumpainya tidak seperti itu.

“Saya tidak pasti jika kebajikan kanak-kanak itu dijaga atau tidak, memandangkan mereka dikurung sebegitu sedangkan pihak yang dipertanggungjawab hanya goyang kaki di dalam pejabat berhadapan dengan rumah yang dikunci itu.”

“Saya mengesyaki ada penyalahgunaan dana yang diterima kerana rumah itu dilengkapi perabot dan sering mendapat derma.”

“Kami menderma banyak kali dan kami dimaklumkan rumah itu sering mendapat lawatan dari orang ramai.”

“Saya tertanya-tanya ke mana wang (dana) itu disalurkan kerana nilainya banyak tetapi kebajikan kanak-kanak itu diabaikan.”

Vivien kemudian menerima panggilan daripada seorang wanita yang juga wakil rumah kebajikan tersebut selepas beliau membuat aduan kepada UNICEF. Bagaimanapun, perbualan mereka menjadi tegang apabila wanita itu menyedari kisah tentang rumah itu sudah dihebahkan dan memarahi Vivien kerana menyebarkan kepada orang ramai.

Vivien menyeru orang ramai untuk share kisah ini supaya pihak-pihak bertanggungjawab akan menjalankan siasatan serta dapat menghentikan perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan ini.

Tolong viralkan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.