in

Wanita Ini Alami Penyakit ‘Rare’, Akan Pengsan Jika Lihat Lelaki Kacak

Feature 3 5 E1619315917242

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jejaka kacak sememangnya menjadi pujaan hati ramai wanita. Namun, bagi wanita yang berusia 32 tahun ini, dia selalu mengelak daripada membuat eye contact dengan orang setiap kali keluar sebab dia akan pengsan jika tengok seseorang yang attractive.

Menurut Daily Mail, Kirsty Brown dari Northwich, Cheshire ini telah didiagnos dengan cataplexy iaitu kelumpuhan otot secara tiba-tiba yang disebabkan oleh emosi yang kuat macam ketawa, kegembiraan, ketakutan atau kemarahan.


Handsome 1

Keadaan ini selalunya berkaitan dengan narcolepsy iaitu sleeping disorder dan serangan otot ini akan berlaku kurang dari dua minit. Jadi, ibu kepada dua anak ini terpaksa menundukkan wajahnya ketika di tempat awam untuk mengelakkan dirinya daripada tercedera.

Ia sangat memalukan. Saya pernah ternampak seseorang yang menarik ketika membeli belah dan tiba-tiba kaki saya lembik dan saya terpaksa berpaut pada sepupu saya untuk sokongan,”

Katanya, jika ternampak seseorang yang menarik perhatiannya, kakinya akan lemah jadi dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak berada di situasi seperti ini. Jika tak dapat nak elak, dia akan tundukkan wajah.

Secara purata, dia akan diserang 5 cataplexy sehari namun kadang-kadang akan diserang sehingga 50 kali sehari. So, perkara ni menyebabkan dia sukar untuk keluar rumah. 

Handsome 2

Saya selalu tidak cukup tidur sebab ianya merupakan masalah gangguan tidur. Jika saya terlalu penat, saya akan diserang lebih kerap daripada biasa,” katanya.

Disebabkan dirinya takut pada ketinggian, Kirsty juga boleh diserang jika berada di kawasan yang bertangga jadi kini, dia sedang berusaha untuk berpindah ke rumah yang tak ada tangga.

Difahamkan, wanita ini dilahirkan dengan gen narcolepsy dan pernah cedera di kepala ketika kecil sewaktu bermain dengan rakan. Kejadian itu telah menyebabkan gangguan awal kepada otaknya.

Namun, Kirsty juga kata kalau dia tak cedera sekalipun time tu, dia tetap akan menghidapi cataplexy ni sebab dia dah mewarisi gen tersebut.

Ibu tunggal ini turut menceritakan kesukarannya mendapatkan pekerjaan sebab tak semua orang faham akan keadaan yang dialaminya itu.

Kirsty juga menyifatkan macam ada litar pintas dari otak ke otot setiap kali diserang dan dia juga tak dapat nak kawal otot kakinya. 

Baca: Kajian Menunjukkan Wanita Lebih Bahagia Dengan Lelaki Kurang Kacak?

Handsome

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.