Seorang wanita India berkongsi pengalaman pahit dia dan keluarganya ketika berkelah di Pantai Remis, Kuala Selangor baru-baru ini.
Menerusi akaun TikToknya @preeyangka23, dia mendakwa seorang peniaga aiskrim di situ enggan menjual kepada anak saudaranya kerana trauma pernah diserang individu mabuk.
“Makcik saya pergi beli aiskrim dan anda nak tahu apa yang dia (peniaga) katakan, dia tidak menjual ais krim kepada orang India,” katanya.
Artikel berkaitan: ‘Bestfriend’ Sejak Kecil, Wanita India & Melayu Ini Sebenarnya Adik Beradik Kandung
Artikel berkaitan: Beri Aiskrim Percuma Untuk Golongan OKU, Kisah Sedih Abang Ini Undang Sebak
Terkejut dengan kata-kata itu, mereka meminta penjelasan dan peniaga terbabit memberitahu dia pernah diserang sekumpulan orang India yang mabuk.
@preeyangka23 I’m not posting this video to bring anyone any harm. It’s just to raise awareness and to educate people thay stereotyping is not the way to go. I hope we can all change for a better Malaysia. #preeyangkasjourney
Dia juga mempamerkan laporan polis mengenai dakwaannya dan diletakkan pada motosikalnya untuk menyatakan pendiriannya itu.
Menurut wanita itu, keluarganya meminta peniaga itu untuk memahami bahawa mereka tidak sama dengan kumpulan mabuk.
“Dia bertegas dan kami tidak dapat membeli aiskrim untuk budak-budak ini (anak saudara),” katanya.
Namun, seorang lelaki dari keluarga Melayu bersimpati dengan situasi yang dihadapi keluarganya, menawarkan untuk membeli ais krim buat anak saudaranya.
Jelasnya, dia berterima kasih kepada keluarga Melayu itu dan menceritakan pengalaman itu kerana kecewa dan berharap ramai mengambil iktibar agar tidak bersikap perkauman.
“Hanya disebabkan beberapa orang India yang tidak bertanggungjawab, yang lain terkena tempiasnya,” katanya lagi.
@preeyangka23 Replying to @Tisam Ibrahim I’m glad to confirm that the ice cream man issue has been addressed! Thank you to all who shared my video and hoping this change will contribute to a harmonious Malaysia 🫶🏽🇲🇾 #preeyangkasjourney
Menerusi hantaran yang berasingan, dia memaklumkan isu terbabit sudah selesai selepas peniaga aiskrim itu membuat permohonan maaf.