in

Wanita Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta Dipenuhi Barang & Pintu Berkunci

Dt Wanita Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita dari Georgetown ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta yang berkunci dan padat dengan barang-barang di sebuah stesen minyak yang terletak di Paya Terubong pada malam Ahad lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah, pihak bomba menerima panggilan kecemasan menerusi sistem MERS 999 pada jam 7.48 malam untuk membantu membuka pintu yang terkunci.


Artikel berkaitan: Dilaporkan Hilang Sejak 13 Disember Lalu, Seorang Lelaki Berusia 55 Tahun Ditemui Telah Meninggal Dunia Dalam Kereta

Artikel berkaitan: ‘Moksu Bedak Sejuk Viral’ Meninggal Dunia Selepas Terlibat Kemalangan

Katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong yang terletak dalam 3 kilometer dari lokasi kejadian tiba pada jam 8.03 malam.

639190217 1425268982974536 3705247253356737509 N

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja membuka pintu kereta jenis Perodua Myvi menggunakan peralatan khas dan mendapati seorang wanita tidak sedarkan diri di dalam kenderaan berkenaan.”

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir di lokasi kejadian.”

Katanya lagi, mayat wanita berusia 37 tahun itu telahpun diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

640545930 1425268929641208 7433564502163513856 N

Operasi menyelamat itu diketuai oleh seorang komander dan melibatkan lapan anggota termasuk seorang penyelia. Tiada pegawai kanan lain dilaporkan hadir di lokasi.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.43 malam selepas anggota bomba memastikan tiada kemudaratan lain di kawasan kejadian.”

641562632 1425268832974551 501735352300739493 N

Tambah beliau, operasi turut melibatkan satu jentera LFRT P1-09 PTG dan satu EMRS PTG P2-03 dengan bantuan agensi luar iaitu PDRM serta KKM.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.