Zaman sekarang memang dah jadi satu kebiasaan apabila seseorang itu akan mengadakan parti bujang atau bachelorette party apabila ingin melangkah ke alam perkahwinan.
Kebiasaannya ada antara mereka yang bermalam di sebuah penginapan untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan, namun ada segelintir daripadanya yang terlalu ‘terbuka’ sampai tidak menjaga batas.
Artikel berkaitan : Lawak! Pintu Rumah Tiba-tiba Rosak Bila Nak Sarung Cincin Masa Majlis Tunang
Artikel berkaitan : “Saya call dia tapi” – Pelawak Ditahan Polis, Shuib Dedah Kenal Rapat Dengan Suspek
Kisahnya apabila ada seorang tunang kepada lelaki ini melakukan parti tersebut tetapi apa yang kurang enaknya adalah tunangnya itu raikan bersama kawan-kawan lelaki.
Disebabkan itu, tunangnya ditangkap khalwat dengan kawan-kawan lelakinya dekat satu lokasi yang tidak didedahkan.
“Tunang aku kena tangkap basah dalam hotel dengan seorang perempuan dan enam lelaki. “
Disebabkan perkara tersebut lelaki ini telah digesa oleh keluarga pihak perempuan untuk mempercepatkan majlis perkahwinan demi menjaga aib tunangnya itu.
“Mak, abang dia sibuk telefon aku suruh kahwin dengan dia sebab nak jaga air muka.”
Mengimbas kembali sebelum kejadian, lelaki itu perkara dia pernah memberi nasihat dan amaran kepada tunangnya agar menjaga batas pergaulan jika mahu adakan parti.
“Aku beritahu perempuan tu, parti bachelorette jangan buat malam, buat siang dekat restoran sebab dia cakap nak staycation.”
“Aku marah tapi aku lebih berterima kasih sebab kejadian terjadi sebelum tarikh nikah.”
Jelasnya, sikap pergaulan bebas tunangnya itu bukanlah satu perkara baharu dia pernah sahaja menyuarakannya.

“Benda ni dah lama jadi isu, Lepak dengan kawan lelaki sampai pagi buta. Kawan tahu semua waktu dia period, dah habis period. Dilayan bagai puteri katanya.”
“Mak dia pun biarkan sebab daripada kecil kawan, malu nak tegur sebab mak ayah dah kenal. Aku bodoh sebab cinta sebelum ni.”
Disebabkan perkara ini, dia enggan untuk meneruskan perkahwinan bersama tunangnya itu. Malah dia juga tak nak bayar segala perbelanjaan untuk majlis kahwin dan biarkan tunangnya itu langsaikan sendiri.
Dia juga sanggup membawa hal ini ke mahkamah jika tunangnya itu tak nak bayar segala perbelanjaan untuk majlis perkahwinan dan dia juga akan tuntut semua duit dari tunangnya itu.
Sumber : mStar Online
 
					 Izuan Jelani
							Izuan Jelani
					