in

Wanita Dipecat Gara-gara Enggan Sediakan Kopi Dan Telur Untuk Majikan

Kopi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Netizen di China mengamuk selepas mendapat berita bahawa seorang wanita di Shanghai dipecat hanya kerana enggan membelikan sarapan pagi untuk majikannya.

Wanita yang dikenali sebagai Lou yang dipercayai bekerja di sebuah institusi pendidikan telah berkongsi pengalamannya di media sosial popular di China, Xiaohongshu.


Menurut Lou, bosnya yang bernama Liu mengarahkannya agar membeli telur dan kopi setiap pagi.

Selain itu, Lou juga diarahkan untuk menyediakan sebotol air untuk bosnya itu.

Selepas mengadu kepada rakan-rakan sepejabatnya, Lou telah diambil tindakan oleh jabatan sumber manusia syarikat terbabit.

Malah, Lou juga telah dipecat dan tidak menerima sebarang pampasan.

Lou telah berhubung dengan Liu kerana beranggapan pemecatannya itu tidak berasas. Bagaimanapun, dia tidak menerima sebarang maklum balas dari bosnya itu.

Artikel berkaitan: Influencer China Ditahan Polis, Kantoi Buat ‘Content’ Kononnya Miskin & Ada Masalah Mental Demi Kaut Untung!

Artikel berkaitan: Warnakan Anak Anjing Menyerupai Panda, Zoo Di China Terima Kecaman Warganet

Kopi
Gambar hiasan.

Selepas perkongsian di Xiaohongshu, kisah Lou telah mendapat perhatian yang sangat meluas.

Malah, netizen juga mengecam Liu yang melayan pekerja seperti ‘hamba abdi’.

Disebabkan ketularan berita berkenaan, syarikat tersebut telah mengambil kembali wanita tersebut bekerja dan memecat bosnya.

Pada 12 September, syarikat berkenaan mengeluarkan kenyataan yang mengumumkan bahawa penyelia Lou telah dipecat kerana menyalahgunakan kuasanya dan memaksa orang bawahan untuk membantunya dalam hal-hal peribadi.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.