in

Wanita Diarah Bayar RM 1,223 Lepas ‘Fitting’ Baju Kahwin Sebab Bau Ketiak Melekat Dekat Gaun

Ft Gaun Perkahwinan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita dari Shandong, China meluahkan rasa bengang terhadap satu butik perkahwinan yang memaksa dia untuk membeli pakaian tersebut selepas dia mencubanya.

Wanita yang dikenali sebagai Momo itu pergi ke butik pengantin tersebut dan mencuba dua jenis gaun berbeza. Selepas mencuba yang pertama, dia tak berkenan dan pulangkan semula kepada pekerja butik tersebut.


Artikel berkaitan : Bertengkar Sampai Tolak Isteri Jatuh Gaung, Lelaki Ditahan Reman 7 Hari

Artikel berkaitan : Isteri Merangkak Selamatkan Diri Lepas Ditolak Ke Dalam Gaung Di Gerik, Suami Ditahan Polis

Katanya dia perasan yang pekerja tersebut bermasam muka selepas menerima gaun yang pertama namun begitu dia abaikan dan mencuba gaun yang kedua.

“Saya masih tak suka gaun kedua dan tingkat dua butik itu tak ada penghawa dingin, jadi saya rasa saya nak keluar dari butik itu.”

Namun begitu, ketika dia dan teman lelakinya bersiap untuk keluar daripada kedai tersebut selepas pulangkan gaun kedua, mereka telah dihalang oleh pekerja.

Pekerja tersebut meminta pampasan daripada pasangan ini kerana gaun pertama mereka ada bau ketiak.

Screenshot 2024 09 06 165441

“Mereka meminta saya untuk beli gaun perkahwinan itu, saya jadi bingung. Saya kena bayar hanya sebab cuba ke?”

Difahamkan, berlaku pertelingkahan antara teman lelaki Momo dan pekerja butik itu sebelum salah seorang pekerja lain hubungi pengurus butik. Ketika pengurus tiba kira-kira dalam 10 minit kemudian, pengurus itu mendekati pasangan ini dan memberitahu mereka tentang bau badan di gaun tersebut.

Screenshot 2024 09 06 165504

Menurut sumber, situasi menjadi janggal buat Momo yang mana akhirnya dia mengaku yang dia boleh bau badannya, bagaimanapun Momo menegaskan bahawa tempat tersebut agak panas.

“Mereka tak ada penghawa dingin dekat tingkat dua, dan saya berpeluh semasa nak pakai gaun tu. Sejujurnya saya tak rasa saya perlu bertanggungjawab sebab ini.”

Namun enggan memanjangkan lagi isu dan keruhkan keadaan, Momo tiada pilihan lain dan terpaksa membayar RMB2,000 (RM1,223) untuk gaun pengantin yang dia tak suka.

Sumber : WORLD OF BUZZ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.