Seorang wanita tidak mempunyai pilihan selain bersalin dalam kereta gara-gara tidak sempat untuk sampai ke hospital.
Perkara tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas pihak hospital didakwa menyuruhnya pulang ke rumah terlebih dahulu. Ini kerana bukaan serviks ketika itu hanya 2 sentimeter dan wanita itu diberitahu belum tiba masanya untuk dia melahirkan bayi.
Menurut perkongsian dari laman Facebook Penangku Viral, wanita itu dikatakan merayu agar pihak hospital mengizinkannya untuk dimasukkan ke dalam wad secara sementara, berikutan jarak antara rumahnya yang bertempat di Sungai Ara agak jauh dengan hospital tersebut.
https://www.facebook.com/PenangKu/posts/1750264311829731?__cft__[0]=AZUZSLtAhsa_hmvsynmfFGX2hoE4GO5lL5_4RxL9sZYBc-ltwwNHdNegzY0ciMgL7kE-hEUHJ7HQ8AkuBU8a02Kmkt-CUTvYtktOIm68Qxqb7RPQrQNyv-eWKGes3pHKlRRHXB-v-0286rxeOqmbEyCk&__tn__=%2CO%2CP-R
Walau bagaimanapun, rayuan wanita tersebut dikatakan telah ditolak oleh pihak hospital sebelum diarahkan untuk pulang ke rumah
Tidak lama selepas sampai di rumah, wanita itu memberitahu suaminya bahawa dia perlu dikejarkan ke hospital semula sekitar jam 7 malam kerana telah ‘turun darah’.
Oleh kerana keadaan trafik ketika itu berada pada waktu puncak, tempoh perjalanan untuk ke dua hospital kerajaan terdekat mengambil masa di antara 50 minit hingga 1 jam 20 minit.
Wanita tersebut akhirnya melahirkan bayi di dalam kereta ketika mereka masih dalam perjalanan ke hospital.
Suami wanita itu kemudiannya membawa isterinya ke sebuah hospital swasta berhampiran. Dalam perkongsian sama, lelaki itu dikatakan kecewa kerana terpaksa membayar bil hospital yang di luar jangkaannya.
Lelaki ini turut menyalahkan pihak hospital yang meminta isterinya untuk pulang ke rumah petang itu.
Memetik laporan dari The Star, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang kini sedang menjalankan siasatan ke atas dakwaan wanita tersebut dan sejurus selesai, laporan siasatan tersebut akan dibawa ke Kementerian Kesihatan.
Baca: Wanita Alami Detik Cemas Bersalin Ketika Banjir, Orang Ramai Terpaksa Jadi ‘Doktor’ Sambut Bayi