Abby, seorang warganegara China mula mendapat perhatian ramai di internet selepas gambar serta video nya tersebar luas.
Abby telah melakukan pembedahan di bahagian muka untuk mengubah rupa asalnya. Pembedahan itu telah mengubah kecantikan semula jadinya sehinggakan orang ramai menggelar mukanya sekarang sebagai topeng muka sebenar.


Mengaku dirinya cantik, Abby sering muat naik kisah tentang perhatian yang diterimanya daripada orang ramai. Abby juga mengaku pernah didekati seseorang yang tidak dikenali untuk menciumnya. (…….)
[sociallocker id=1666]


Pembedahan tersebut membuatkan bahagian dagunya menjadi sangat runcing. Disebabkan obses dengan status ‘darah kacukan’, beliau sering memakai kanta lekap berwarna biru untuk menampakkannya seperti seorang gadis berdarah kacukan.
Beliau juga mengaku sebelum ini menetap di Amerika Syarikat dalam jangka masa yang panjang sebelum kembali ke China. Abby cuba membuktikannya dengan bertutur dalam bahasa Inggeris menggunakan loghat yang sangat pelik sekali.
Abby juga sering dilihat menayangkan kemewahan beliau dengan memegang wang kertas yang banyak atau menggunakan cara lain seperti reka tulisan/bentuk menggunakan wang kertas.


[/sociallocker]
Ada juga netizen yang mengatakan bahawa Abby dahulunya adalah seorang lelaki sebelum pembedahan tersebut. Tetapi, kesahihan cerita itu tidak dapat dipastikan kerana tiada bukti menunjukkan Abby pernah menjalankan pembedahan di bahagian sulitnya.



Lain orang lain citarasa dan pandangan. Mungkin orang yang puji Abby cantik, memang nampak beliau betul-betul cantik? Siapa tahu kan….
