in

Wanita Alami Detik Cemas Bersalin Ketika Banjir, Orang Ramai Terpaksa Jadi ‘Doktor’ Sambut Bayi

page bersalin ne

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kejadian banjir yang berlaku di negara kita baru-baru ini telah menjejaskan orang ramai kerana mereka terpaksa mengalami detik-detik cemas untuk mengharungi air naik di rumah mereka.

Malah, ada yang tidak bernasib baik sehingga terperangkap di rumah kerana paras air yang tinggi menyebabkan mereka sukar untuk bergerak dan selamatkan diri.


Menerusi perkongsian thread di Twitter, seorang wanita yang mengalami detik cemas untuk bersalin kerana terperangkap di dalam rumahnya dan menyebabkan orang ramai terpaksa bertindak dengan menjadi ‘doktor’ di tempat kejadian.

Difahamkan ketika dilanda banjir itu, wanita tersebut sudah mula rasa sakit untuk melahirkan tetapi dia keseorangan di rumah kerana suaminya tidak boleh masuk ke kawasan perumahan mereka.

Detik cemas wanita itu telah dikongsikan oleh seorang jirannya yang dikenali sebagai Leha. Difahamkan juga dari thread berkenaan, jiran-jiran yang lain terpaksa menggunakan Google untuk mencari cara menyambut bayi.

20211221 112450

Selepas beberapa jam, wanita tersebut telah selamat melahirkan bayinya atas bantuan orang ramai. Tidak berhenti di situ, mereka masih lagi memerlukan pakar perubatan untuk memastikan kedua ibu dan juga bayinya selamat dan tidak dijangkiti dengan kuman.

Air tinggi, sukar untuk bergerak

Namun, disebabkan air yang tinggi sehingga paras dagu, menyebabkan perjalanan pasukan penyelamat terpaksa bergerak dengan berhati-hati dan juga hanya beberapa bot penyelamat yang boleh melepasi kawasan tersebut dalam satu-satu masa.

20211221 112511

Hasil dari perkongsian warganet di Twitter, suami wanita itu dapat dihubungi untuk dimaklumkan mengenai status terkini tentang keadaan isteri dan juga anak mereka kerana mereka telah dipindah keluar dari unit perumahan mereka ke pusat pemindahan sementara yang berdekatan.

20211221 112524

Kini difahamkan wanita dan bayinya telah mendapat rawatan rapi dari pakar perubatan dan berada dalam keadaan selamat. Bukan itu saja, paras air di kawasan perumahannya juga telah mula surut ke paras pinggang.

Nasib baik ada orang ramai… Sekurang-kurangnya ada yang pantau keadaan ibu dan bayi sementara nak tunggu pasukan penyelamat untuk datang… Min doakan semoga ibu dan bayi baik-baik sahaja…

Baca: Taman Sri Muda Masih Dinaiki Air, Mangsa Banjir Terpaksa Pecah Masuk Kedai Cari Makanan

page speedmart

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.