in

“Walaupun nampak kecil…” – Fadhlina Sidek Terharu Terima Surat Dari Adik Darwisy

Surat Fadhlina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelajar sekolah mengutuskan satu surat buat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagi mengucapkan tahniah atas jasa dan pengorbanan beliau sepanjang beliau memegang portfolio tersebut.

Dalam surat itu, Muhammad Darwisy Aimi mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri (YB) itu terutama sekali berkenaan pemakaian baju sukan ketika musim panas dahulu.


Artikel berkaitan: PMX Terima Surat Daripada Murid Perempuan, Minta Tambah Baik Tandas Sekolah

Artikel berkaitan: Pernah Tular Guru Teman Pelajar OKU Lari Guna Tongkat, YB Fadhlina Terima Kunjungan Mereka

Adik Darwisy memulakan surat itu dengan bertanyakan khabar kepada YB sebelum memperkenalkan dirinya yang merupakan anak sulung daripada dua beradik, dia juga bercertia dia pernah bertemu dengn YB ketika Majlis Apresiasi Pendidikan 2022 di sekolahnya.

Dalam surat yang ditulis atas kertas kajang itu, adik Darwisy turut menyisipkan dua keping gambar mereka berdua.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan Yang Berhormat (YB) dalam bidang pendidikan, antaranya membenarkan kami memakai pakaian sukan kerana cuaca panas melampau.

Ini memberikan keselesaan kepada kami untuk belajar di sekolah. Walaupun nampak kecil, tetapi perkara ini memberi impak besar kepada kami. Terima kasih daripada saya dan kawan-kawan,” tulisnya.

Fadhlina menerusi laman X, menitipkan rasa terharu atas pemberian surat itu dan mendoakan kesihatan adik Dariwsy selain memberitahu beliau amat mengalu-alukan pelajar lain untuk menulis surat kepadanya.

Comel betul!

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.