in

Viral Video Menapak Bawah Panas Hantar Makanan, Foodpanda ‘Walker’ Dapat Hadiah Basikal

ft rwalker foodpanda dapat basikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa minggu lepas, tular satu video yang memaparkan seorang penghantar makanan berjalan kaki saat cuaca panas terik untuk menghantar makanan.

Dalam satu video menerusi TikTok itu, pemilik merakam penghantar makanan tersebut berjalan kaki untuk menuju ke hotelnya di bawah cuaca yang panas terik.


“Balik-balik said sorry sebab lambat”

@neverpermanent

Kesian dalah jauh jalan kaki, balik2 said sorry sebab lambat ?.. semoga semua panda dipermudahkan urusan & berjaya di dunia dan akhirat #pandawalk #foodpanda #pandajalankaki #pandasabah #foodpandasabah #foodpandakotakinabalu?

♬ Titian Perjalanan (Unmetal) – XPDC

Video tersebut telah tular dan mendapat perhatian daripada  aktivis kebajikan terkenal, Adrian Edy. Menerusi mStar Online, pemuda berusia 27 tahun itu telah berjaya mencari penghantar makanan tersebut dan memberikan sumbangan kepadanya.

Video viral, dapat hadiah basikal daripada aktivis kebajikan

Katanya, pemuda yang berasal dari Sabah ini menyatakan bahawa dia terpanggil pasal penghantar makanan ini setelah di tag oleh ramai netizen untuk memberikan bantuan kepada individu tersebut.

@adrianedy7

Hadiahkan basikal buat Abang Khai, Foodpanda pejalan kaki yang viral di tiktok, dia memang lama sudah niat mahu beli basikal tapi belum mampu, asal Semporna Sabah. Ayah abang Khai sudah meninggal dunia sejak dia berumur 12 tahun. Mengalir air mata bila dia dapat basikal baru ? #fyp #adrianedy

♬ Tuhan Tahu – Melitha Sidabutar & Clarisa Dewi & Alvin Christian & Ps. Lukas Kusuma

“Pelanggan rakam video dia sedang berjalan sebab rasa kesian. Selepas video viral, ramai tag saya supaya cari dia. Akhirnya dapat jumpa dia selepas seminggu video tu viral.

“Namanya Khairudin atau Khai, berumur 23 tahun, asal dari Semporna, tapi sekarang kerja di Kota Kinabalu.” 

Tambah Edy, anak ketiga daripada 8 orang adik beradik itu gigih bekerja sebagai walker sejak 5 bulan lalu demi menyara keluarga.  Di samping itu, Khai harus membayar kos sewa bilik dan membahagikan pendapatannya kepada keluarga memandangkan bapanya sudah lama meninggal dunia.

“Dia sewa bilik RM380 sebulan di Kota Kinabalu. Baru lima bulan jadi walker. Setiap bulan dia kirim duit untuk ibu dan adik-adiknya di Semporna.

“Rupa-rupanya dia tanggung keluarga sebab ayahnya dah meninggal ketika dia umur 12 tahun.”

Nak bagi hadiah motor tapi belum ada lesen

Menerusi TikTok Edy, dia akhirnya telah berjaya menemui Khai dan memberikannya hadiah basikal untuk memudahkan urusannya.

Pada mulanya, Edy berhasrat untuk memberikannya sebuah motosikal, namun begitu Edy menjelaskan bahawa pemuda berumur 23 tahun itu masih lagi belum mempunyai lesen memandu.

“Mula-mula tu saya tanya dulu, Khai pandai bawa motor ke? Ada lesen tak? Sebab saya berniat nak bagi sebuah motor.”

“Tapi dia kata bagi basikal je. Sebab dia tak tahu lagi bila nak ambil lesen. Kata Khai lagi, nak buat lesen pun mahal.”

“Duitnya banyak dihantar untuk ibu setiap minggu. Lebih sayu, dia sebenarnya sedang simpan duit nak beli basikal. Tapi duit tu belum cukup lagi.”

“Jadi, setiap hari dia jalan kaki untuk bekerja dari 8 pagi sampai 9 malam. Kalau lokasi tu jauh sangat, dia terpaksa order Grab pula untuk naik kereta ke rumah pelanggan.” 

Walau sudah dapat agak dengan hadiah yang bakal diterima, Khai masih tergamam dan terharu ketika hadiah itu ditunjukkan kepadanya.

@adrianedy7

Hadiahkan basikal buat panda walker , abang Khairudin. Doakan ya moga abang Khairudin terus kuat untuk cari rezeki di luar sana untuk bantu ahli keluarga ❤️ #fyp #adrianedy

♬ Yang Terdalam – NOAH

Bahkan dapat dilihat Khai tidak dapat menahan air mata saat diberikan sedikit wang belanja dan dapat diperhatikan dari riak wajahnya yang betul-betul bersyukur.

“Saya sengaja sembunyikan basikal di sebalik kain tu. Bila dia buka, terus berubah air muka Khai. Memang sedih sebab dah lama dia nak beli cuma tak mampu lagi. Nampak dia betul-betul bersyukur.

“Kemudian bila saya hulur duit belanja sikit, terus dia menangis. Lebih sayu, lepas dapat basikal tu terus dia sambung kerja, pergi hantar makanan pelanggan.”

Kata Edy, pada petang hari yang sama selepas menerima pemberian itu, dia dihubungi Khai dan menyatakan bahawa segala pesanan yang diberikan dapat dihantar dengan lebih cepat.

Baca : Rider Foodpanda Jadi Mangsa Langgar Lari Sampai Terbabas Masuk Longkang, Nasib Ramai Bantu

page panda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.