Semalam kecoh di media sosial tentang seorang guru wanita yang memarahi pelajar tadika sehingga kanak-kanak itu dicampak sambil disaksikan oleh pelajar lain. Kejadian ini telah menimbulkan kemarahan netizen dan ibu bapa lain sebab perkara macam ni tak sepatutnya berlaku di sekolah.
Namun, menurut Harian Metro, pihak polis telah menerima laporan tentang kejadian tersebut petang semalam. Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib iaitu Ketua Polis Daerah Shah Alam berkata,
Kes tersebut kini dalam siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak,”
Difahamkan, laporan polis telah dibuat oleh ibu kanak-kanak itu manakala guru tersebut juga telah dipanggil untuk diambil keterangan. Siasatan juga sedang dijalankan ke atas orang yang record video terbabit.
Selain itu, viral juga di Facebook tentang perkongsian seorang individu yang mengatakan dia mempunyai anak di sekolah tadika terbabit, cuma cawangan je yang berbeza. Jadi, sekolah tersebut berada di bawah pengurusan yang sama. Individu tersebut juga mengatakan,
Katanya dari pihak sekolah tersebut, cikgu itu akan diambil tindakan sewajarnya dan akan diberhenti bekerja serta merta dan laporan polis telah dibuat. Nak jumpa cikgu tu dah takde. Dah tak dibenarkan mengajar serta merta,”
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1375411097436483587
Apa-apa pun, kita tunggu siasatan lanjut daripada pihak polis. Semoga kanak-kanak tu tak trauma nak pergi sekolah lepas ni.