Beberapa hari lalu, tular di media sosial berkenaan aksi peniaga minuman dan beberapa orang pelanggan yang sedang menari di Pesta Pulau Pinang.
Apa yang menjadi tumpuan netizen ialah tindakan peniaga yang katanya akan memberi minuman teh ais percuma jika pelanggan dapat menari sakan di hadapan foodtruck jualan mereka.
@teh_ais_avengerhq Malam Ni Kita Layan Dandut Asikkkkk#tehaisavengerhq #thename #fyp #pageforyou #fypシ #pestapenang2022 #foodtruck #foryoupage
Kejadian itu ternyata mendapat kecaman netizen yang menganggap tindakan itu agak berlebihan, namun pihak peniaga juga telah memberi penjelasan bahawa video tersebut sekadar content di TikTok semata-mata dan mereka tidak memberikan air secara percuma.
Tular video nenek menari sakan sampai tersiku cucu?
Namun ternyata isu tersebut masih lagi tidak reda apabila semalam tular pula satu video memaparkan seorang wanita yang didakwa bergelar nenek menari sakan di hadapan foodtruck tersebut demi mendapatkan teh ais percuma.
Di sisi wanita itu dapat dilihat seorang budak perempuan yang didakwa cucunya cuba merangkul tangan si nenek namun ditepis ketika wanita itu sedang ligat menari. Uish biar betul?
@fozan14 ingat nenek dunia ni sementara ja, nak enjoy pun tgk tempat dulu ?? kalau nak enjoy sangat jom ikut saya p CC…? #fyp #like #exploremore #followforfollowback #viral #foryou #trending #foryoupage #kamisempoi #follow #funny #memes #tiktok #tiktokdance #theavengers #tehaisavengerhq #tehaispukawbukanbiashebiashe #tapakpestasungainibong #tapakpestapenang #chuliacourtpenang
“Terlupa diri ke macam mana tu, sanggup tolak cucu”
Video yang tular di TikTok itu ternyata mendapat pelbagai komen dari netizen yang kecewa melihat situasi berkenaan berlaku.
Ramai yang bersimpati dengan nasib cucu kepada wanita tersebut, namun ada juga yang mengatakan kemungkinan besar nenek tersebut melatah dan tidak suka-suka menari seperti yang didakwa.
Seramnya tengok gelagat orang sekarang. Harap teknik marketing macam ni dihentikanlah dan tidak diikuti mana-mana peniaga.
Baca: [VIDEO] Netizen Label Peniaga ‘Dajal’ Bagi Air ‘Free’ Kalau Menari Sakan, Ini Penjelasannya…