in

Viral Guna Gambar Model ‘Seksi’ Potong Rambut, Polis Siasat ‘Salon’ Di Puchong

Salon Seksi

Baru-baru ini, sebuah salun rambut di Puchong telah viral selepas ia menggunakan beberapa imej model seksi dari Thai membasuh rambut pelanggan lelaki.

Namun begitu, gambar-gambar tersebut telah pun dipadamkan oleh pemilik kedai rambut, AJ Hair Studio bagaimanapun orang ramai masih ‘meriah’ kongsikan gambar-gambar tesebut di media sosial.

285667176 857444222313230 6449968595742296998 N

Disebabkan ini, salun yang terletak di Puchong ini telah didatangi oleh pihak polis semalam bagi menjalankan siasatan berhubung gambar yang tular.

286613434 857444488979870 2010344296679120627 N

Pada malam yang sama juga, pemilik AJ Hair Studio telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Puchong selepas menyedari gambar yang dibuat untuk promosikan pembukaan kedainya itu telah tular atas sebab yang lain.

Dalam laporan polis yang dimuat naik di Facebook, pemilik tersebut menegaskan bahawa gambar perempuan berpakaian seksi sedang mencuci rambut itu hanya digunakan sebagai promosi pembukaan kedai dan bukan untuk menawarkan khidmat mengurut seperti yang diperkatakan.

286907757 857444708979848 4611693682867206764 N

Selain itu, menerusi Facebook rasmi, AJ Hair Studio turut menjelaskan yang salun mereka tidak menawarkan servis istimewa dan akan mengambil tindakan kepada sesiapa yang bertanya tentang perkara tersebut dan membuat laporan polis.

Kedai kami tak ada servis urutan istimewa. Gambar yang digunakan hanyalah sebagai gurauan.

Sesiapa yang tanya lagi, saya akan screenshot dan buat laporan polis.”

https://www.facebook.com/107947515137292/photos/a.136157262316317/151888747409835/

Sementara itu, salun ini juga turut memberitahu yang mereka akan membuat live broadcast pada jam 9 malam ini bagi menerangkan tentang apa yang berlaku.

Setakat ini, pihak polis masih belum memberikan apa-apa kenyataan mengenai kejadian ini.

 

Baca: Pendandan Rambut Diminta Untuk Tidak Ajak Pelanggan Berbual Apabila Salun Dibuka Semula

Barber 1