Seorang wanita warga emas melalui pengalaman getir apaila dia dicabul oleh seorang lelaki warga asing di Jalan Bunga Tanjung, Ampang. Perbuatan tidak bermoral lelaki itu dilakukan di tempat awam, dalam keadaan orang ramai di sekeliling.
Suspek kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa. Hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Menerusi video yang tular, suspek dilihat cuba mengganggu seorang wanita sebelum cuba untuk membuka seluar di belakang wanita tersebut. Suspek memberhentikan perbuatan terkutuknya selepas dimarahi oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.
Biadap!
Seorang lelaki warga asing melakukan perbuatan tidak bermoral dengan melakukan perbuatan cabul terhadap seorang wanita warga emas di tempat awam.
Sumber: Facebook / Ampang 安邦 pic.twitter.com/OTLu8DVqsB
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 5, 2023
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga seorang suri rumah berusia 71 tahun pada hari kejadian.
“Suspek yang juga penagih dadah telah ditahan orang awam di lokasi kejadian, selepas mangsa menjerit meminta tolong” katanya dalam satu kenyataan.
“Sepasukan polis dari Balai Pandan Indah membuat tangkapan semula terhadap lelaki pemegang kad UNHCR berusia 23 tahun terbabit. Ujian air kencing terhadap suspek yang bekerja sebagai tukang sapu itu didapati positif dadah jenis ketamin,” katanya.
Untuk rekod, suspek yang turut mempunyai dua rekod lampau melibatkan kesalahan dadah direman empat hari bagi membantu siasatan.
Jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara mencecah 10 tahun, atau denda, atau dengan sebatan atau dengan mana-mana daripada dua hukuman itu.
Kredit: Buletin TV3
BACA: Perkampungan Haram Rohingya Di Melaka ‘Ghaib’ Secara Misteri Dalam Satu Serbuan