Kalau korang terjumpa artis kegemaran secara tiba-tiba mesti excited dan gembira kan? Tambahan pula artis tersebut ialah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Namun tindakan seorang TikTokers ini yang merakam Tokti ketika sedang mengeluarkan wang di sebuah mesin ATM bersama anaknya, Siti Aafiyah telah mengundang rasa marah netizen, lapor mStar.
“Terserempak dengan Tokti kat ATM be like…”
Menerusi video yang dikongsikan netizen tersebut, dapat dilihat dia memanggil nama Aafiyah beberapa kali sambil Aafiyah kelihatan sedikit malu dan menyorok dekat dengan ibunya.
Terserempak dengan Tokti kat ATM be like… Aafiyah, Aafiyah malu-malu la Aafiyah ni,” kata perakam video.
“Awak tak sepatutnya record di skrin ATM”
Video berkenaan yang viral mendapat kecaman netizen yang mana menganggap tindakan wanita itu agak kurang wajar kerana merakam di ATM dan mengganggu privasi penyanyi berkenaan serta anaknya.
Malah ada juga yang mengatakan tindakan Aafiyah yang dilihat malu-malu itu mungkin sebenarnya takut kerana ‘strangers’ tak dikenali tiba-tiba memanggil namanya.
Walau bagaimanapun wanita itu menerusi satu posting di media sosial telah memohon maaf dan menutup ruang komen kerana terlalu banyak menerima kecaman.
Katanya, video tersebut telah dirakam oleh kakaknya yang terlalu teruja apabila terserempak dengan penyanyi kesayangan ramai itu. Video itu juga difahamkan telah dipadam dari TikTok selepas 14 jam dimuat naik.
Apa-apapun individu berkenaan telah pun meminta maaf. Harapnya kita kat luar sana janganlah berbuat begitu kepada mana-mana artis. Mereka pun manusia juga, sama macam kita inginkan privasi bila di tempat awam.
Baca: [VIDEO] TokTi & Aafiyah Payung Lagu Boneka Masa Live TikTok, Ernie Siap Komen Weh!