Selalunya kalau kita nak bercuti di mana-mana tempat, sesetengah keluarga lebih memilih untuk menetap di homestay memandangkan ia jauh lebih murah berbanding dengan hotel. Selain itu, homestay juga sesuai bagi mereka yang keluarganya besar serta nak buat aktiviti macam bbq atau sukaneka ahli keluarga.
Namun, berbeza pula dengan situasi yang dialami oleh wanita ini apabila dia memuat naik satu video di TikToknya @asiahibrahim1 menunjukkan homestay di Kundasang yang telah ditempah hanya indah khabar dari rupa.
@asiahibrahim1 hati hati bila booking hotel atau homestay di kundasang,digambar cantik,#viral #kotakinabalusabah #fyp #soundviral #foryoupage
Homestay mahal tapi macam rumah tinggal
Dalam video tersebut, wanita yang lebih dikenali sebagai Asiah ini menunjukkan ruangan dalaman homestay yang sangat mengecewakan, dah macam tongkang pecah. Menurut Asiah, homestay tersebut berharga RM300 lebih tapi bila buka sahaja pintu, ada bau yang tak menyenangkan iaitu bau tahi ayam.
Bukan itu sahaja, bilik di homestay tersebut nampak sangat buruk dan seolah-olah lama ditinggalkan. Dengan cadar dan langsir yang buruk serta katil yang macam nak roboh, memang langsung tak berbaloi dengan harga mahal yang diletakkan owner. Siling homestay juga dah lama tidak dibersihkan dan nampak kehitam-hitaman.
Lepas buat aduan baru owner ambil tindakan
Menurut Asiah lagi, setelah dia membuat beberapa aduan kepada pemilik homestay, barulah owner tersebut bagi bilik yang lebih elok dan mereka terpaksa berpindah pukul 10 malam.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menasihati wanita ini untuk menempah hotel dan ada juga yang beri tips serta cadangan beberapa homestay yang sememangnya telus dan tidak menipu pelanggan.
Lepasni kita kena selalu double check sebelum tempah sebarang tempat penginapan supaya tak kena scam!
Baca: “Penginap ‘Buat Rumah Sendiri’ Alih Perabot Di Homestay Menyusahkan Tuan Rumah”