in

[VIDEO] Wanita Ditahan Polis Sebab Cuba Buka Pintu MRT Singapura Masa Tren Tengah Berjalan Laju

ft wanita buka mrt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis sedang menyiasat seorang penumpang yang dirakam cuba membuka pintu MRT yang sedang bergerak laju pada 29 November lepas di Singapura.

Video tular itu memperlihatkan,wanita itu sedaya upaya cuba membukanya, sementara orang lain menjerit kepada wanita itu supaya berhenti.


Artikel Berkaitan : Wanita Mengamuk Rantai Emas Diragut, Orang Awam Sempat Tangkap Pelaku Sebelum Kena Belasah

Artikel Berkaitan : Suka Hati ‘Parking’ Kereta Kat Bahu Jalan, Bas MRT Tersangkut Sampai ‘Schedule Delay’

Dalam video tersebut juga, dilihat wanita itu berjaya membuka sedikit pintu sebelum seorang pegawai beruniform menghalang wanita itu.

Menurut sumber, Presiden SMRT Lam Sheau Kai berkata, kakitangan stesen dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 1 tengah hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiagong (@tiagong_sg)

Kakitangan SMRT memasuki tren itu untuk disoal siasat tetapi penumpang itu tidak memberikan kerjasama dan berubah menjadi agresif, tambah Lam.

Keengganan wanita tersebut telah menyebabkan polis yang mengawal stesen kereta api, dipanggil masuk.

Dalam gambar tular, selanjutnya wanita itu dilihat sudah ‘terbongkang’ di platform stesen Ang Mo Kio, dikelilingi oleh pegawai TransCom dan kakitangan stesen.

“Tindakan ini membahayakan keselamatan komuter serta orang lain di dalam kereta api,” kata Encik Lam.

Screenshot 2023 12 04 174507

SMRT memandang serius kelakuan sedemikian dan sedang membantu siasatan polis, tambahnya.

Menjawab pertanyaan, polis mengesahkan bahawa laporan telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.