Tak dapat dinafikan bahawa pengangkutan awam di Malaysia seperti bas, LRT dan MRT ni memang banyak dan sering menjadi pilihan orang ramai untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Kelebihan pengangkutan awam ni bukan sahaja untuk memudahkan pergerakan orang ramai dan mengelakkan ‘jem’, tapi sebab harganya yang jauh lebih murah dan sememangnya jadi satu inisiatif untuk selamatkan alam sekitar.
Baru-baru ini, viral di TikTok semalam tentang perkongsian dari @ahyatishak atau lebih dikenali sebagai cikgu hartanah bercerita tentang MRT 3 Circle Line yang baru sahaja diumumkan.
@ahyatishak Ada ke yang dah terlepas berita ni? MRT 3 Circle Line dah diumumkan. Tu dia Circle Line 50.8 km dan 10.7 km to underground. Kenapa Circle Line ni sangat2 penting?
Dalam video berdurasi 57 saat itu, lelaki yang juga cikgu hartanah ini kongsikan tentang laluan MRT ini yang panjangnya mencapai 50.8km dan 10.7km ke bawah tanah. Malah, sebelum ini, MRT Circle Line telah pun dibina di negara membangun seperti Singapura, Tokyo dan London. Kali ini, Malaysia pula yang bakal menyusul dengan infrastruktur ini. Hebat bukan?
Disebabkan perkongsian itu, ramai netizen yang teruja untuk menantikan pengoperasian MRT 3 Circle Line tersebut. Tak kurang juga yang tak sabar untuk mencubanya nanti.
Menjengah ke ruangan komen TikTok Ahyat Ishak ini, ada netizen yang lebih suka pengangkutan awam sebegini daripada highway yang berbelit-belit. Ada juga yang lega kerana MRT Circle Line ni dekat dengan rumah dorang.
Menurut cikgu lagi, Circle Line penting kerana ia akan mencantumkan semua infrastruktur rail yang sedia ada. MRT ni juga dijangka ada 31 stesen dan ditempatkan di kawasan-kawasan hot seperti Mont Kiara, Jalan Kuching, Titiwangsa, Dutamas dan banyak lagi.
Min pun tak sabar nak experience sendiri laluan MRT 3 Circle Line ni. Korang pulak macam mana?
Baca: “Macam tin sardin”- Penumpang Mengamuk MRT Buat Hal, Sangkut Lebih Sejam