Dua hari lepas, satu video tular menunjukkan seorang wanita memukul dan memaki hamun seorang warga emas. Difahamkan, kekecohan yang berlaku diatas jalan itu disebabkan cubaan menculik kanak-kanak OKU.
Bagaimanapun, akibat penularan video yang berlaku di Saujana Rawang itu, Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Zainal Mohamed Bin Mohamed berkata, selepas siasatan dibuat ini fakta kes.
Tiada elemen penculikan
Kata Zainal Mohamed, sebenarnya tiada elemen penculikan dalam kejadian itu, sebenarnya mangsa yang merupakan seorang remaja perempuan OKU berusia 16 tahun bersama ibunya pergi ke satu warung di Country Homes untuk membeli sarapan.
Lepas selesai beli sarapan, ibunya menyedari yang anaknya tiada. Ada orang keliling memberitahu bahawa anaknya itu ada ikut seorang lelaki naik kenderaannya sebelum kejadian seperti di dalam video ini berlaku.
Menerusi sumber, seorang kenalan pengadu telah memuat naik video kejadian sehingga kenderaan lelaki yang merupakan warga emas berumur 80 tahun itu dikesan di Saujana Rawang kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Mangsa yang ditemui dalam keadaan baik dan selamat. Oleh itu, siasatan mendapati bahawa mangsa telah berjalan seorang diri tanpa pengetahuan ibunya. Mangsa kemudiannya menahan kenderaan warga emas ini sebelum bagi mangsa masuk.
Warga emas tersebut dikatakan membenarkan mangsa menaiki kenderaan kerana beranggapan ingin meminta pertolongan. Dikatakan, warga emas itu tidak pasti arah tuju ketika membawa mangsa, sampailah ditahan kenderaan awam di lokasi kejadian.
Siasatan dapati lelaki terbabit berusia 80 tahun telah benarkan mangsa naik kenderaannga kerana beranggapan mangsa minta pertolongan.
Beliau tidak pasti arah tuju membawa mangsa sehinggalah ditahan kenderaan awam di lokasi kejadian.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) June 26, 2021
Akibat kejadian ini, ibu mangsa telah menarik balik laporan kes orang hilang yang dibuat olehnya dan kes dianggap selesai. Apapun, lelaki terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan polis berhubung kejadian.
Baca : James Bulger: Budak 2 Tahun Diculik & Dibunuh Dua Kanak-kanak Umur 10 Tahun, Ramai Saksi Tapi…