Semalam viral di Twitter sebuah video berdurasi 10 saat yang menunjukkan seorang anggota polis trafik membuat ‘flying kick’ terhadap penunggang motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.
Video tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen yang ada di antaranya berpendapat tindakan polis terbabit sebagai keterlaluan dan ada juga yang merasakan polis tersebut wajar berbuat demikian.
Adakah ini mengikut SOP @PDRMsia?
IGP "Kontrak” PDRM sila berikan penjelasan? pic.twitter.com/nU5IMjosDy
— SS (@SanjeevanSS) August 25, 2020
“Bila lari, kau lagi membuatkan polis bertambah rasa ‘suspicious'”
Menerusi perkongsian netizen ini di Twitter, tindakan penunggang motosikal tersebut yang lari daripada sekatan jalan raya akan menimbulkan rasa curiga kepada pihak polis.
Tambahnya lagi, tak semua pengguna jalan raya yang melarikan diri daripada roadblock polis ada buat kesalahan trafik. Mereka juga mungkin lari kerana membuat jenayah lain seperti membawa barang terlarang dan lain-lain.
https://twitter.com/qxxxxhpxxe/status/1298267452631994369
Kalau difikir secara logik, jika polis itu membiarkan penunggang motosikal tu lari dan kalau apa-apa jenayah berlaku selepas tu, polis itulah akan dipersalahkan, kan?
Polis Sarawak siasat anggota polis trafik tendang penunggang motosikal
Walau bagaimanapun, menurut Harian Metro, polis Sarawak kini sedang menyiasat anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu susulan video tular seorang penunggang motosikal ditendang hingga jatuh di Jalan Temple, Sibu, semalam.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas anggota terbabit sekiranya dia didapati bersalah atas perbuatan itu.
“Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan namun tindakan akan diambil jika dia didapati cuai atau bertindak agresif ketika menjalankan tugas,” katanya.
Tambah Aidi lagi, pemeriksaan lanjut mendapati penunggang motosikal itu tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal juga sudah tamat tempoh.
“Penunggang motosikal terbabit juga akan dikenakan tindakan saman kerana menunggang melawan arus dan ubah suai ekzos,” katanya.
Apa-apapun kita serahkan sajalah hal ini kepada pihak berkuasa. Mereka lebih arif tentang isu ni.