in

[Video] Viral Lelaki Warga Asing Didakwa Pakai Gelang Pink KKM Merayau Di RNR Bukit Gantang, Rupanya Ini Kisah Sebenar…

Ft Gelang Final

Tular baru-baru ini media sosial mengenai seorang lelaki ‘warga asing’ yang memakai gelang kuarantin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang merayau-rayau di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Bukit Gantang.

 

Konon warga Bangladesh pakai gelang ‘pink’ merayau 

Dalam rakaman video itu, si perakam mendedahkan bahawa lelaki warga Bangladesh yang didakwa memakai gelang ‘pink’ KKM itu dikatakan sedang berlegar-legar di kawasan RNR tersebut. Sebelum petugas RNR berkenaan kemudiannya menyerahkan pula lelaki itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pink 1

Walau bagaimanapun, maklumat yang disebarkan oleh si perakam itu ternyata tidak benar sama sekali! 

Memetik laporan Awani, Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Osman Mamat berkata, rakaman video yang berdurasi selama seminit 37 saat itu menunjukkan pasukan polis sedang memeriksa seorang lelaki pada kira-kira pukul 11.05 pagi, 15 Januari 2021.

Nak tengok video, klik link ini

Lelaki itu bukanlah warga asing seperti yang didakwa. Malahan, dia juga tidak mengenakan sebarang gelang tangan KKM seperti yang diperkatakan dalam video yang viral itu.

 

Nak cari kerja, datang menumpang lori

Dia berasal dari Kampong Pondok, Padang Rengas dan tinggal dengan kakaknya di Ipoh telah menumpang lori untuk ke Alor Star, Kedah untuk mencari kerja namun berhenti di kawasan hentian itu sebelum pekerja kedai makan menghubungi polis bantuan untuk meminta pertolongan. 

Susulan itu, pihak polis telah membantu untuk menghantar lelaki tersebut ke Stesen Bas Kamunting serta membelikan tiket bas untuk pulang semula ke rumah kakaknya di Ipoh. 

 

Amaran tegas, jangan sebar berita palsu

Amaran tegas oleh pihak polis, orang ramai diingatkan untuk tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih kerana boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

Tambahnya, sebarang perkongsian berita palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali. 

Alahai, nak cari rezeki tak pasal-pasal pulak kena fitnah. Apa-apa pun korang kalau tak pasti, jangan kongsi. 

Baca: “Jangan komen dulu, dengar penjelasan” – Tular Gambar Pekerja Asing Pakai Gelang Pink, Ini Penjelasan DG Hisham

Baca Gelang