in

[VIDEO] Victoria Secret Buat Sale 2 Hari, Netizen Geleng Kepala Tengok Perangai Pembeli

Vss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Victoria Secret Buat Sale 2 Hari, Netizen Geleng Kepala Tengok Perangai Pembeli
Loading
/

Kat Malaysia ni, kalau ada je sale, memang huru hara jadinya tempat tu. Macam sebelum ini kedai tudung Fareeda ada buat jualan kaw-kaw, sampaikan ada pembeli yang sanggup tidur depan kedai tu semata-mata tak nak lepaskan peluang yang kononnya datang sekali seumur hidup. Tapi betul jugak, kalau kita tengok harga before dan after sale untuk sesetengah kedai tu, fuhhh beza dia hampir separuh harga! Siapa tak suka sale kaannnn!

Macam baru-baru ni, Victoria’s Secret ada umumkan yang dorang akan buat sale yang akan hanya ada kat Malaysia. Difahamkan harga untuk semua fragrance mist dan lotion Victoria’s Secret hanya RM29 satu, yang mana harga asalnya ialah RM79. Dan apa yang syoknya, takde limit pun! Korang nak beli 1 je ke 10 ke memang no hal la.


Vs2
sumber: facebook

Sale gila-gila ni diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu hari ini dan semalam, dan sale tu dibuat di semua outlet yang ada. Tapi macam yang kita tahu, konfem-konfem ramai yang berpusu-pusu datang kat situ, sampaikan ada pintu Victoria’s Secret yang ranap sebab dilanggar pembeli!

Dekat Facebook, ada pengguna yang share situasi  sebenar Victoria Secret yang terletak di Imago, Kota Kinabalu. Katanya keadaan di situ sangat luar biasa, sampaikan ada je orang yang berani-berani potong barisan yang memang dah panjang tu. Takde adab betul!

Dapat dilihat daripada video tu, pembeli-pembeli bertolak sesama sendiri dan jelas sekali keadaan di situ yang sangat kecoh. Kalau korang perhati betul-betul, boleh nampak seorang perempuan ni menjerit dekat orang lain sebab tak puas hati dia kena tolak. Ala dah sesak kat situ, biasa lah kan? Namun tak dapat dipastikan sama ada wanita itu pembeli atau penjual di situ.

Video ini juga menunjukkan betapa sedihnya mentaliti sesetengah orang zaman sekarang dengan perangai dorang yang sangat memalukan tu. Baru ada sale, dah riuh rendah macam ni. Alahai malunyaaaa.

Perkongsian tersebut rata-ratanya mendapat kecaman daripada makcik pakcik bawang kerana bagi mereka sekiranya pembeli-pembeli tu beratur dan beli dengan cara yang cool dan rileks, apa-apa kejadian yang tidak diingini tak akan berlaku.

Antara komen-komen yang diterima ialah,

No class betul!”

“Macam apa je menjerit-jerit. Sanggup beli normal price kalau macam ni teruknya keadaan kat situ”

“Patah pagar tu dorang rempuh. Terbukti kuasa wanita!”

So guys, tolonglah sentiasa behave walau di mana pun korang. Kalau orang lain tengok, haih buat malu je!

Baca: “Saya cuma pergi sembahyang” – Wanita Kecewa Tak Dibenarkan Naik Pesawat Kerana Solat Subuh

Gg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.