Sejak pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mula mewajibkan kesemua rakyat Malaysia untuk mendapatkan suntikan dos penggalak, pelbagai dakwaan yang telah diberikan oleh orang ramai.
Antara dakwaan yang sering disuarakan oleh golongan antikvaksin adalah tentang tempoh ketahanan vaksin dalam badan yang dikatakan mempunyai tarikh luput. Perkara ini telah menyebabkan ramai yang salah sangka dengan maksud sebenar tarikh luput pada vaksin tersebut.
Seperti satu perkongsian di Facebook menerusi page Celoteh Dr Malar, isu tarikh luput ini telah menarik perhatian Dr. Malar itu sendiri dan dia memuatnaik video untuk menjelaskan maksud sebenar ‘term’ tarikh luput itu.
“Kalau awak beli sardin lah kan… And then sardin tu pulak tarikh luput dia 3 bulan, awak masak lepastu. Adakah sardin tu akan basi dalam badan awak?” – Dr. Malar
Ujarnya lagi, maksud sebenar tarikh luput itu adalah ‘best before’ atau guna sebelum tarikh yang tertera pada botol vaksin tersebut. Sekira vaksin itu tidak digunakan selepas tarikh yang tertulis, bermakna ianya tidak boleh disuntik ke dalam badan.
Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen di bahagian komen kerana penjelasan Dr. Malar itu disifatkan sebagai explanation yang penuh dan logik sekaligus menjawab segala persoalan yang tak berasas.
Oleh itu, orang ramai diminta untuk berhenti membuat spekulasi yang boleh menyebabkan kekeliruan tanpa usul periksa terlebih dahulu. Malah, dinasihatkan juga supaya mereka tidak teragak-agak untuk mendapatkan dos penggalak.
Jadi, terjawab lah sudah eh persoalan yang selalu orang tanya ni… Memang best dengar explanation Dr. Malar ni!
Baca: Wanita Nak Saman KJ & KKM Sebab Bengang Suami Senyap-senyap Vaksinkan Anak


