in

Video Tular Kemalangan Maut Adik Naura, Pemandu BMW Didakwa

Syaz Ft 2024 11 19T152208.959

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video menyayat hati di mana sebuah motosikal yang dinaiki tiga beranak dirempuh oleh sebuah kereta jenis BMW mengakibatkan kematian kanak-kanak yang membonceng motosikal tersebut.

Video kemalangan itu tular di media sosial dan kejadian itu difahamkan berlaku pada Jumaat lalu di Lebuhraya Bukit Jalil menghala ke Puchong pukul 9.50 malam.


Artikel berkaitan: “Ayah takkan maafkan” –  Bapa Sedih Anak Umur 6 Tahun Kudung Kaki Lepas Kemalangan

Artikel berkaitan: Lagi Kemalangan Libatkan Treler Bawa Muatan Kontena, Mangsa Meraung Minta Tolong Dalam Kereta

@majoritiofficial

Allahuakhbar. Sedih min tengok keadaan mereka sekeluarga 🙁 majoriti beritaditiktok trendingnewsmalaysia bukitjalil kereta kualalumpur jalanpuchong

♬ Minimal for news / news suspense(1169746) – Hiraoka Kotaro

Hari ini, pemandu kereta mewah itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, tertuduh P.Kuhan Raj, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Haneefa Ariffin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memandu kereta jenis BMW dengan begitu  laju sehingga menyebabkan kematian Nur Naura Nathifa Mohd.El-Khuwailid yang berusia 7 tahun.

Pun begitu, peguam Inderpal Singh memohon jaminan rendah memandangkan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarganya.

“Tertuduh menanggung isteri yang merupakan suri rumah, dua anaknya masing-masing berusia dua dan empat tahun, serta ibu bapanya yang uzur,” kata peguam itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Majistret Haneefa kemudian membenarkan ikat jamin jaminan sebanyak RM12,000 selain mengarahkan agar lesen memandu tertuduh digantung berkuat kuasa serta-merta sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Januari tahun depan bagi sebutan semula kes.

Sebagai info, pada hari kejadian, ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke hospital oleh orang awam dan anak mangsa berusia 7 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.