Kes kecurian kenderaan bukan benda asing kat negara kita. Tapi apa yang membuatkan kes di Selangor ni lebih menakutkan adalah kerana kemahiran pencuri yang tak gunakan sebarang alatan tapi berjaya mencuri sebuah kereta!
Menurut WORLD OF BUZZ, seorang lelaki di Ampang Jaya telah dirakam mencuri sebuah kereta Myvi hanya dalam masa 30 saat! Dahsyatnya! Pencuri tersebut khabarnya tak gunakan sebarang peralatan untuk memecah masuk kereta kecuali sejenis alatan eletronik.
Gadis bernama Pang yang merupakan pemilik kereta tersebut telah meletakkan keretanya di depan rumah sejurus lepas balik kerja. Gadis berusia 24 tahun tersebut kemudian keluar sekali lagi selepas itu tanpa memandu keretanya.
Bekerja sebagai seorang freelancer, Pang pulang ke rumah pada pukul 10 malam pada hari kejadian. Tiba di rumah, Pang terkejut lihat keretanya sudah hilang dari hadapan rumah. Lepas melihat rakaman CCTV, kereta Myvi Pang bernombor plat VAY 7569 disahkan telah dicuri oleh seorang lelaki.
Dalam rakaman itu, pencuri dilihat telah keluar dari sebuah kereta Nissan Fairlady tepat pada jam 6.45 petang. Lelaki tu kemudian berjalan menuju ke arah kereta Myvi milik Pang dan dengan selambanya buka pintu kereta seolah-olah kereta itu adalah miliknya. Amboii!
Walaupun dah dikunci oleh Pang sebelum tinggalkan rumah, pencuri tu berjaya pandu keluar kereta dari kawasan berkenaan dalam masa beberapa saat jee! Wanita tu kemudian buat laporan polis tentang kes ini dan percaya bahawa pencuri tersebut guna sejenis alatan eletronik untuk membuka kunci kereta tanpa membunyikan penggera kereta.
Memuat naik posting ni sebagai peringatan kepada orang awam, ramai terkejut dengan kisah Pang kerana tidak menyangka betapa mudahnya lelaki tu dapat mencuri sebuah kereta.
“Alarm tak berbunyi pun! Apa gunanya saya kunci kereta kalau macam ni?” kata seorang netizen.
“Kalau polis tak berjaya cari kereta tu dalam masa terdekat, sure dah kena bawak kedai jual bahagian kereta.”
Bahayanya! Punyalah senang dia buat, macam tu je dah boleh curi sebuah kereta! So korang yang ada kereta, make sure hati-hati dan sentiasa ambil langkah berjaga-jaga takut jadi macam ni!
Tonton rakaman lelaki tersebut curi kereta dalam masa 30 saat:
Sumber: China Press
Baca: Lelaki Kantoi Cuba Mencuri Tak Takut Gambar Diambil, Tak Malu Mengaku Itu Kereta Sendiri