Malaysia amat terkenal dengan kehidupan yang harmoni dan berbilang kaum walaupun setelah 65 tahun kita merdeka. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang bangga tentang perkara ini, malah pelancong yang sering datang ke Malaysia juga bersetuju.
Baru-baru ni, Astro Awani telah mengadakan sebuah sesi temu ramah bersama mereka yang jalan-jalan di sekitar ibu kota.
Salah seorang yang ditemuramah adalah Benice Festus. Benice adalah seorang Youtuber dan Tiktoker yang berasal dari Nigeria dan telah menjadi ‘famous’ di kalangan penonton Malaysia.
@benice_festus Hanya orang yang pandai boleh faham ni ???
Apa yang mengejutkan ialah Benice sangat fasih berbahasa Melayu. Dia mengatakan yang dia mempunyai ramai kawan di Malaysia dan gemar menikmati makanan Malaysia seperti Nasi Lemak, Ayam Gepuk dan Char Kuey Teow.
“Saya suka dia orang dan dia orang suka saya lah” kata Benice.
Benice berkongsi tentang tempat-tempat di Malaysia yang pernah dilawati seperti Genting Highlands dan Kelantan. Dia juga menceritakan tentang hasratnya untuk ke Langkawi dan sedang mencari rakan untuk ke sana.
Warga Nigeria ini juga memberitahu, semasa dia di Kelantan, dia juga sempat membantu mangsa yang menghadapi banjir kilat.
https://www.instagram.com/p/CjA2QUcLraf/
Bila admin dengar pelancong yang baik hati macam ni, admin pun rasa terharu dan bangga menjadi anak Malaysia!
Baca :[VIDEO] Pemuda India Fasih Cakap Melayu Terus ‘Pening’ Bila Kena Berlakon Guna Slang Tamil